Friday, October 24, 2025

Sambal bilis petai

 

saya tukang masak jer, sebab saya tak makan petai.

 

Thursday, October 23, 2025

Ayam goreng kunyit

 


BAHAN-BAHANNYA :-)
 
500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka
1/2 camca teh garam*
2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
4 tangkai kacang panjang
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 ulas, bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, potong kasar
1 biji cili merah, potong kasar
Sos ikan secukup rasa
1/2 camca teh gula (optional)
boleh tambah carrot jika suka.


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan. Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

Sunday, October 19, 2025

Pulut serunding



Pulut serunding untuk pot luck yassinan di surau kat kampung. sorang bawak sikit , bila dah letak semua atas meja tu diahhhh.... banyaknya macam nak kenduri je gamaknya. Tapi Alhamdulillah, lepas yasinan sambil makan dan gebang gebang ramai ramai, dapat lah memasing bungkus bawak balik untuk yang tersayang dirumah..

Bahan pulut:-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

 Cara membuatnya :-)

  1.  Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan

 


Bahan2nya
 
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan


 

Saturday, October 18, 2025

Kuih puteri ayu

 Bahan-bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 ½ cawan gula halus
  • 1 ½ cawan santan (1 kotak santan kara + ½ cawan air)
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk perisa pandan
  • 2 sk pewarna hijau

Info: Kuantiti 1 kotak santan kara sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air.

Bahan-bahan B:

  • 1 biji kelapa (warna putih sahaja)
  • 1 sk garam
  • 1 sudu besar tepung ubi




Cara-cara:

1. Mula-mula satukan telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau. Pukul kesemuanya menggunakan mixer sehingga sebati.

2. Pastikan adunan cair. 

3. Kemudian masukkan pula baking powder dan tepung yang telah diayak. Pukul lagi sampai sebati.

 4. Adunan ini memang likat. Bila pukul sebati, terus matikan mixer.

 5. Masukkan pula santan dan pukul sebati.

 6. Pastikan adunan licin dan tidak terlampau pekat.

 7. Kaup dan letakkan dalam pipping bag

 8. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau sebati 

9. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam. 

10. Sapu acuan dengan minyak. Letakkan kelapa dalam 3/4 sudu besar. Boleh kurangkan mengikut citarasa 

11. Ambil acuan kosong dan tekan kelapa tadi supaya menjadi padat. Tekan juga menggunakan jari supaya kelapa lebih padat.

 12. Hasilnya apabila sudah siap ditekan dengan acuan dan jari.



13. Kemudian letakkan adunan hijau tadi mengikut paras acuan atau kurangkan sikit.

 14. Kukus selama 10 minit.

 15. Apabila kuih sudah masak dan naik gebu, keluarkan dari pengukus dan biarkan suam sebelum keluarkan dari acuan

sedap dinikmati bersama teh o pada petang2 cenggini...


 

Friday, October 17, 2025

Kerabu daun selom dan tauge

buat makan makan untuk kongsikong kat kampung... rupanya ramai yang suka kerabu macam ni, sebesen cam ni sekejap jer dah habissss. Alhamdulillah, happy lah rasa tukang masak bila hidangan habis dimakan kan... resepinya

daun selom - hiris halus 
10 sen taugeh- buang ekornya (kak rose suka banyak2 tauge)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris 
**5 biji cili padi (kak rose bubuh dua biji jer pun dah pedas!)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti dengan udang kering)
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.
*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

 



Thursday, October 16, 2025

1248 of clothes pegs

1248 of clothes pegs
bukan untuk kepit baju
tapi untuk anak pokok ni
projek hydroponic gardening honey melon @tanahitam @mysripaya
 

Wednesday, October 15, 2025

Kuey teow goreng

bila nak buat tu macam tak menyempat dah, tapi kan sebenarnya dah beli bahan semua konon simpan dulu lah esok2 baru buat... tapi malangnya daun kucai yang kak rose beli dah jadi benyek dalam fridge. so jadilah kuey teow goreng tanpa daun kucai ni. apa pun masih sedap aje pada tekak sendiri dan juga tekak tukang makan tu. Alhamdulillah, masa masak tu doa muga Allah bagi sedap walaupun tak cukup bahan.
 

Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow 
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai (tak de sbb dah benyek)
Garam

Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis

Cara cara:
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 

Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 
Kemudian masukkan cili kisar. 
Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.   
Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. 
 Masukkan udang dan kacau rata. 
Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 
Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata.  
Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 

Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap.

Wednesday, October 8, 2025

Saturday, September 27, 2025

Sarapan untuk kongsi kong

 Kisah dikampung. berkongsi rezeki dengan kongsi kong yang tolong sama sama kerjakan projek hydroponic gardening kat kampung. kak rose bergilir dengan adik sediakan sarapan dan lunch untuk derang ni... ni pun yang sempat amik gambo jer.. tapi bila dah balil kl, adik sorang jer lah yang tolong sediakan..

 
lempeng nasi cicah sambal tumis dan kari daging

 mee hoon goreng 

cekodok sayuran cicah homemade sos cili
pulut serunding
apam balik home made

cekodok nasi dan sandwich sadin 

dan ini lah projeknya...mulakan dari stratch... clearkan tanah, bina rumah hijau dengan segala piping dan semua keperluanya. 2500 pokok honey melon. sangat renyah penjagaannya dan mudah2an dapat hasil seperti yang diharapkan... doa kan ya kawan2. 


Friday, September 26, 2025

Peria goreng dengan udang


  Bahan
1 biji peria kambas
1 mangkuk udang
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air (jika perlu)

Bahan Tumbuk
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1/2 camca teh garam kasar

Cara membuatnya:-
  • Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  • Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau sebati.
  •  Masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Perasakan, kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Siapppp
  •  

    peria fresh dari kebun belakang dapo yang kak rose tanam dan tinggalkan balik kl, walaupun kurang kasih sayang tetap muai berbuah. dan sempat lah berbagi2 dengan jiran dan kawan2.. Alhamdulillah

     

    Thursday, September 25, 2025

    Murtabak kulit popia

    Bahan-bahan

    • 100 g daging cincang (kak rose buh 400gm daging)
    • 2 biji ubi kentang
    • 2 sudu setengah rempah kari
    • 1/2 biji bawang besar
    • 1 ulas bawang putih
    • daun sup (kak rose gantikan dengan batang celery)
    • minyak
    • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
    • kulit popia
    • 2 biji telur (kak rose guna 4 biji telo)

     


    Cara-cara

    1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
    2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
    3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
    4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
    5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
    6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak. 

     

     

    untuk kuah cuka bawang.... pandai2 la nak ejas rasa ya.... kalau nak cicah dengan kuah kari pun boleh. 

    • *1 bawang besar (atau bawang merah)-potong nipis2
    • *cuka, gula,garam,air, color merah- secukupnya
    • campurkan semua bahan diatas *. dan rasa.

     

    Wednesday, September 24, 2025

    Tuesday, September 23, 2025

    Jus buah markisa

    ready untuk diminum dah.. jus buah markisa yang sangat menyejukkan dihari yang panas masa kat kampung.. yang ni kak rose tambahkan sedikit jus sunquick tropical yang punya rasa seakan buah markisa ni.. bertambah lak kesedapannya. 

    resepi kak rose yang sesedap rasa ditekak sendiri.

    isi buah markisa, gula, sunquick tropical, ketulan ais dan air masak... kacau dan hias dengan daun pudina. ready untuk dinikmati lah. 😋😋

     

    belah buah markisa dan sendukkan isi, masuk dalam mangkuk. siap untuk digunakan.
    buah markisa yang fresh dari pokok dikebun rumah adik, nampak macam belum cukup masak tapi itu lah isi dia yang kak rose dak keluarkan...  manis masam  n soooo juicy gitu..

     

    😋😋

     

    Monday, September 22, 2025

    Kaswi gula merah gedik


    Bahan air gula:
    1 cawan gula merah
    1/2 cawan gula pasir
    1 cawan air
    sedikit garam

    1 helai daun pandan

     
    Bahan lain:
    2 cawan tepung gandum
    1 cawan tepung ubi
    3 cawan air biasa
    1 sudu besar air kapur
    1 mangkuk putih kelapa + sedikit garam dan kukus sekejap | untuk urap dengan kuih

     


    1. Campur gula merah, gula putih, air, secubit garam dan daun pandan dalam periuk dan renehkan hingga gula larut.
    2. Tapiskan dan jadikan 2 cawan air gula, ketepikan dan biarkan sejuk.
    3. Masukkan air gula bersama tepung gandum, ubi, air dan air kapur dalam blender. Kisar hingga halus.
    4. Sapukan acuan dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi.
    5. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan hingga masak lebih kurang 15 minit.
    6. Setelah masak, tutup api dan biarkan kuih dalam pengukus hingga hilang wap baru keluarkan.
    7. Setelah sejuk boleh keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sekejap.
    8. Sedia dihidangkan.

    Lamaaaa sangat tak post main masak masak buat kuih... actually ade jer masak tapi kerajinan nak amik gambo dan update tu dah semakin jauh tenggelamnya... so sekali sekala ada masa ni lah kak rose tepek kat sini..

    Sunday, September 14, 2025

    Amalan untuk kebaikkan diri

    Amalan bila rasa diri dah berusia

     

    1. Dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi.


    2. Bergerak dengan tenang, tanpa tergesa-gesa.

    3. Kurangkan saiz hidangan makanan.

    4. Amalkan kepelbagaian dalam pemilihan makanan.

    5. Utamakan makanan yang hangat, hindari ais.

    6. Banyakkan minum air putih.

    7. Kurangkan pengambilan garam.

    8. Awalkan waktu makan malam.

    9. Rajin bersenam dan kekalkan pergerakan tubuh.

    10. Lapangkan dada, hindari cepat marah atau tersinggung.

    11. Sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan diri.

    12. Taburkan senyuman setiap waktu.

    13. Kenali dan terima diri seadanya.

    14. Lupakan usia, raikan kehidupan.

    15. Perluaskan jaringan pergaulan.

    16. Suburkan rasa romantik dalam kehidupan.

    17. Hiasi hidup dengan pelbagai hobi.

    18. Elakkan terlalu mengejar nama atau keuntungan duniawi.

    19. Rancakkan aktiviti melancong dan menjelajah.

    20. Elakkan campur tangan dalam urusan orang lain tanpa keperluan.

    21. Redha dan tenang menghadapi sebarang ujian.

    22. Hayati dan nikmati kehidupan seadanya.

    23. Banyakkan bersyukur atas segala nikmat.

    24. Ringankan hati dengan gurauan.

    25. Andai menjadi bahan gurauan, terimalah dengan senyuman dan keceriaan.

    26. Mudah memaafkan, dan segera meminta maaf apabila bersalah.

    27. Hindari sifat iri hati.

    28. Bahagia di mana jua berada.

    29. Nikmati setiap aktiviti dengan rasa syukur dan gembira.

    30. Rajin beribadah dan beramal, serta ringan tangan membantu sesama.

    ## semuga memberi manafaat pada yang sudi baca. sama2 kita jaga diri dan jaga hati.... 

    ## gambar kak rose tenang2 dikampung sambil melayan hidroponic gardening 👫👫 

     

    Monday, August 11, 2025

    Jom terus amalkan

     


     

    Masa kecik2 dulu selalu buat lepas ngaji mesti cium Al Qur'an, letak kat dada pastu letak atas kepala..Baru skg tahu kenapa. .Tak kisahlah sebelum ke selepas ngaji . Jom kita amalkan skg.
     
    *TIPS MEMBACA📗AL-QUR'AN;*
    📗Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik2 dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.
    📗Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.
    _Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri; Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:_
    *📗Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...*
     
    1. *JUNJUNG📗;*
    (Letak atas kepala),
    _Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita._
     
    2. *CIUM📗;*
    _Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini._
     
    3. *PELUK📗*
    (Letak di dada dengan erat),
    _Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat._
     
    _📕Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita._
    _📕Amalkan tips ini insya Allah._
    _📕Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa._
    Wallahu a'lam...
    *SEMOGA BERMANFAAT*🌹