Friday, August 30, 2024

Asam rebus batang keladi

 sayur ni kak rose masak untuk kami adik beradik masa rewang kenduri kat kampung minggu lepas... bila masak banyak2 ni memang gabra sikit lah tuan tanah ni, tapi Alhamdulillah ramai yang kata sedap. tu pun dah cukup untuk hilangkan nervous ni...

berulang kali jugak browse resepi cik google ni, so kita adunkan mana yang rasa sedap untuk anak tekak lah kan.. ada resepi yang letak serai dan ada yang tak de.. pepandai lah kita adjustkan...
bahan2 yang dah di blend, instead guna belacan kak rose tukarkan guna kiub ikan bilis..
tu dia.... daripada seperiuik besar batang keladi yang mentah, jadi tinggal segini jer bila dah masak.
 
batang keladi yang fresh dari kebun adik, risau jugak pada mulanya takut gatal bila nak siang ni.. berlapis2 sarung tangan masa siang dan membasuhnya.... dan yang penting selawat banyak2 agar semua dipermudahkan... jom tengok resepi nya, dari blog Suria Amanda sebagai panduan dan kak rose gandakan bahan2 sebab masak banyak.  terima kasih ya...

RESEPI BATANG KELADI MASAK ASAM REBUS

Bahan-bahannya: 

  1. Batang keladi yang telah disiat kulit dan dipotong-potong 
  2. 3 batang cili merah 
  3. 5 biji bawang kecil 
  4. 1 biji bawang putih 
  5. 1/2 genggam ikan bilis 
  6. sedikit belacan (kak rose guna kiub ikan bilis)
  7. secekak daun kesum 
  8. air asam jawa garam, (kak rose guna asam keping)
  9. gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

  1. Celur batang keladi tadi hingga separa masak. Tos dan ketepikan.
  2. Kisar lada merah, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan belacan tetapi jangan sampai lumat. Kalau larat tumbuk lagi sedap.
  3. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, daun kesum dan serai ke dalam kuali atau periuk. 
  4. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih
  5. Perasakan dengan garam dan gula denagn secukup rasa. 
  6. Biarkan mereneh seketika. 
  7. Tutup api

Wednesday, August 28, 2024

Asik rotiiiii jer!

 Ini lah sarapan kami almost hari hari... sesekali kalau rajin atau kehabisan roti baru lah ada yang lain.buah kena lah sentiasa ada.... apa saja buah pun jadi, asalkan ada dalam stok.. kita ni jenis tak rajin nak sarapan kat luar, so siapkan jer apa yang ada. Alhamdulillah dengan rezeki Allah








 

Thursday, August 15, 2024

Kerutup daging

 Ada kala rajin, maka berupdate lah dapo maya kak rose ni...


Kerutuk Daging

Bahan bahan:
1 kg daging
3 sudu besar rempah kerutuk
1 keping asam keping
1 kotak santan kotak 
1 sudu besar kerisik
½ keping gula Melaka
Garam
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Bahan kisar:
1 ½ biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak sesuai dengan bahan kisar. Tumis bahan kisar dan rempah penumis sehingga naik bau. 
Masukkan rempah kerutuk dan kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit. 
 
Masukkan sedikit air dan kacau sehingga rempah masak dan terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan daging dan kacau sehingga air daging kering.

Masukkan santan yang dicampurkan dengan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Nota: lebih sedap jika menggunakan santan segar pekat.

Masukkan gula melaka, garam, asam keping dan kerisik secukupnya. Nota: kuah kerutuk sedikit pekat dan mesti menpunya lebih rasa manis berbanding rasa masam dan masin. 

Masak sehingga daging empuk dan kuah terbit minyak.
 

 

Friday, August 2, 2024

Hadiah untuk tukang dapo..

 Tukang dapo, dapat kuali pun dah happy sangat kan.....




tapi tu lah... nak guna tu entah bila lah agaknya... bila tukang makan tak berapa nak ada, jadi tukang masak pun tak lah rajin nak ke dapo kan...