Monday, February 19, 2024

Sedetik pertemuan...

 Asalamualaikum dan selamat bertemu kembali di dapo maya kak rose ni.. dah hidup segan mati tak mahu jer gayanya kan... tapi kali nak jugak tepek kat sini sejarah kenangan pertemuan kami zaman sama2 dialam persekolahan dulu... Sekolah Tunku Mahmood Iskandar, Batu Pahat.

dengan tema sedetik pertemuan pengubat kerinduan, kami berjumpa semula setelah lebih empat puluh tahun tak berjumpa... maklumlah bila dah masing lepas sekolah dan memulakan hidup baru memasing dan berpindah serata malaysia memang lah susah nak jumpakan... walaupun ada yang masih tinggal satu daerah, tapi masih jugak susah nak berjumpa bila ada kekangan memasing kan...

teknologi masa kini membolehkan kami berjumpa semula, walaupun masih ramai yang tak dapat meluangkan masa bersama, tetapi pertemuan yang sebegini sudah cukup untuk melepaskan kerinduan setelah begitu lama terpisah... dan kami datang dari serata malaysia... walaupun telah begitu lama terpisah, tetapi memasing masih boleh mengenal antara sesama kita. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan berjumpa walaupun ada diantara kita yang telah dipanggil pulang oleh sang pencipta dan dipertemuan ini kami semua tidak lupa untuk menitipkan doa dan bertahlil untuk mereka yang telah pergi dahulu. semuga semuanya aman dialam sana..


dan ini lah yang paling kak rose tunggu2 untuk nak berjumpa. kami berempat ini rapat dan gambar ini lah mengingatkan kami gambar yang sama masa ditingkatan tiga dulu... tapi sayang gambar dulu tu masih dalam zaman free hair semuanya 😎.. so tak dapat nak tepek kat sini. simpan buat kenangan kita berempat saja lah sudahnya... Alhamdulillah
ini lah kami2... havoc lah memasing cuba nak memngingati sesama kita... walaupun rupa dan penampilan banyak berubah tapi masih boleh mengenali dan yang paling bestnya, macam jer dah selalu sangat berjumpa, gitu
 

Lagu sekolah yang kita semua dah tak ingat... meremang bulu roma bila kita semua mennyanyikan semula dimajlis pertemuan tu... mengingatkan semula bila giliran nak kena berdiri di depan menaikan bendera semasa perhimpunan.. manis nya kenangan itu. dan ini lah senikata lagu sekolah yang sangat menggamit kenangan.. terima kasih pada semua yang berusaha untuk menjayakan pertemuan nostalgia ini dan mudah2an akan diberikan kesempatan untuk bersua lagi dimasa akan datang, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment