Bahan-bahan
Spaghetti secukupnya - rebus sehingga lembut, angkat dan tos kan. Gaul
dengan sedikit olive oil/ minyak masak supaya tidak melekat dan cantik
berkilat kejadiannya..
Bahan sos
400g daging kisar (kak rose guna daging ayam)
1 labu bwg besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
4 biji cili padi (jika suka pedas)
1 tin sos prego (tradisi)
1 tin sos prego (cendawa)
Garam secukup rasa
Boleh masukkan tomato dan cili benggala jika suka
Cara memasak
1. Panaskan 2 sudu butter.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu sampai naik bau. Masukkan cili api
3. Masukkan daging kisar dan masak sampai daging kecut.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
5. Masukkan sos prego tradisi dan sos prego cendawan dan kacau rata. Kak rose gunakan 2 jenis sos ni sebab x de cendawan. Bila dah
ada prego cendawan kan dah ada cendawan dalam tu..
6. Perisakan dengan garam secukupnya.
7. Masak sehingga kuah sebati. Boleh masukkan sedikit air jika nampak kuah terlalu pekat.
Nak hidangkan, letak spaghetti di dalam pinggan dan diikuti kuah
bolognese. Alhamdulillah... untuk lunch semalam... kenyang kami anak beranak.
Sedapnya lama tak masak bolognese. Anak2 lebih suka yang carbonara. Tu jarang masak bolognese.
ReplyDeleteDone follow sini. By the way jemput join Cie ada buat segment giveaway 😊