Monday, July 24, 2023

Kuih hari jumaat

kuih yang kak rose buat untuk pot luck masa mengaji mingguan Surah Al-Kahfi di mesjid Al-Huda. tapi sekarang ni tak dapatlah nak join tiap2 minggu... so bila mana ada kesempatan menag nak sangat lah bersama2 kawan2 yang dulu berjumpa dan membaca surah Al-Kahfi tu tiap minggu. dan kak rose juga selalu lah bergilir membuatnya dirumah. memang happening masa tu, lepas mengaji makan makan dan borak2 gebang gebang ramai2.. rindu sangat masa sebelum covid tu. dan kini kak rose dah berpindah dari kawasan perumahan tu.. so bila ada kelapangna jer lah boleh bersama semula..dan kuih apam inti kelapa ni yang ak rose bawak untuk pot luck kali ni..

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 biji telur
 sedikit pewarna kuning dan hijau.

** kak rose guna inti kelapa manis.

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya. kak rose guna acuan karipap.
dah siapppp... mudah kan. 


 

No comments:

Post a Comment