Friday, March 31, 2023

Peria goreng udang

 

Bahan
1 biji peria kambas
1 mangkuk kecil udang
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air

Bahan Tumbuk
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1/2 camca teh garam kasar

Cara membuatnya:-
  • Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  • Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau dan tuang air.
  • Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit la
  • Tuesday, March 28, 2023

    Pengat butir nangka

     Salam 6 Ramadhan buat semua....

    Bahan-bahan

    • Bahan A
    • 200g tepung pulut
    • 140ml air suam
    • pewarna
    • Bahan B
    • 2 mangkuk santan
    • 6 sudu gula
    • secubit garam
    • 5 helai daun pandan
    • bahan C
    • 1 liter air

    Cara-cara

    1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
    2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
    3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan


     

    Monday, March 27, 2023

    Ikan kerisi masak asam pedas

    Salam dan selamat berpuasa buat semua. mak2 dan tukang dapo mesti dah mula fikir apa nak dihaidang untuk berbuka petang nanti kan.. kak rose suka buat kan list kat sticky notes kat pc ni so nant senang dah ade menu untuk nak sediakan. idea memasak ni memang selalu outkan, so apa kata buat ikan masak asam pedas ni.. tp harga ikan sangat mahal kan sekarang, kak rose beli 2 ekor ni pun dah dekat dobelas hengget. berapa lah agaknya kalau kedai nak jual harga yang dah masak tu? hmmm. jom lah kita masak ikan asam pedas ni.  

    2 ekor ikan kerisi
    2 sudu makan cili kisar- terpulang pada kepedasan memasing lah ya
    1 labu bawang besar*
    2 ulas bawang putih*
    ½  inci halia*
    ½ kiub pati ikan bilis
    4 tangkai daun kesom
    1 cawan air asam jawa
    Secukup rasa garam
    Secukup rasa gula
    2 biji tomato belahkan
    Minyak dan air secukupnya


    Kisar bahan yg bertanda *
    Panaskan minyak 
    Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak 
    Masukkan daun kesom dan air asam jawa 
    Masukkan ikan
    Tuang air secukupnya
    Masukkan garam dan gula 
    Tunggu hingga kuah menggelegak barulah masukkan tomato dan tutup api.

     

    Sunday, March 26, 2023

    Bubur krong krang malas

    ya, krong krang versi malas.. versi yang ade sedikit rajin rajin ada kat sini 😁 bubur ni memang ngam untuk berbuka puasa lah.. makan sejuk2 sangat lah heavennya...

    Bubur Krong krang
     
    Bahan:
    1 cawan tepung ubi kayu
    1/2 cawan air panas mendidih
    kuantiti di atas ditambah sehingga adunan jadi kenyal dan boleh ditekan pada acuan.
     
    Cara:
    Masukkan tepung dalam mangkuk menguli.
    Masukkan air panas mendidih, kacau sebati. Adunan akan melekat2. Tambahkan air atau tepung ubi hingga mendapat adunan yang kenyal.
    Potong kecil adunan untuk ditekan menggunakan acuan kuih siput.
    Bila habis diterap, rebus dalam air panas.
    Toskan bila sudah terapung dan masuk dalam air sejuk.
    Sedia untuk digunakan.
     
    Bahan Kuah: (Untuk 2 adunan Krong Krang)
    5 cawan santan
    3/4 cawan gula
    1 sudu kecil garam
    1 sudu besar bijan yang telah digoreng tanpa minyak (optional)
    1 cawan isi kelapa muda (optional) - tak de, so togel jer krong krang versi malas ni


     
    Cara:
    Masukkan santan bersama gula dan garam.
    Kacau hingga sekali mendidih sahaja. Sehingga gula telah larut.
    Masukkan isi kelapa.
    Masukkan Krong Krang.
    Tabur bijan. Siap..

    Saturday, March 25, 2023

    Iftar#2 Cicah budu pulak..

     kembali ke asal pulak dengan ikan tenggiri cicah budu. no more biru mata hitamku 😝

    tapi cicah ni untuk en asben jer, kak rose tukang sediakan lah.. yang dibawah ni lah cicah untuk tuan dapo!
    sambal nasi ayam penyet yang dah kak rose sediakan awal2 menjelang puasa hari tu, so bila nak makan sambal dah ready. makan dengan nasi panas2 dan colek dengan timun jepun pun dah sedap sangat kan..dan untuk en asben kak rose buat kan juga stok sambal totok ikan bilis yang pedassss tu. tu pun ada hati nak sambal tumis ikan bilis pulak. nasib baik lah stok ikan bilis dari sabah ada banyak. kena buat jugak lah nanti gamaknya. resepi sambal ayam penyet kat sini
    sayur sempoi permintaan en asben yang nak makan cenggini... ayam fillet dengan kacang panjang. buat sikit macam ni pun susah kami berdua nak abeskan..
    ada sedikit kerajinan kak rose buat cucuq badak yang tak de undang menepek kat atasnya. baut satu adunan dapat banyak jugak lah, tapi kak rose gorengkan enam biji ni jer tu pun ade lagi berbaki dua ketui... harap boleh makan masa sahur nanti lah. resepi cucur badak boleh singgah kat sini..
    buah pisang dan green seedless grape ni mesti lah habis sebab kak rose sediakan just cukup untuk kami berdua.. tak lah bersambung makan sampai sahur nanti kan..
     

    Friday, March 24, 2023

    Iftar #1 Biru mata hitamku, kononnya lah...

     Alhamdulillah..selesai sudah puasa pertama di tahun 1444 hijrah ni...

    dan nak jugak kak rose tepek kat sini menu berbuka petang semalam... pilihan en asben yang nak makan lasagna ni. so di belinya hingga 6 packs, buat stok katanya.. 2 packs untuk anak dan untuk kami cuma mampu makan berkongsi satu pack saja.. ya lah bila dah berbuka minum air dan makan buah jambu tu, juga goreng keledek memang dah kenyang lah kan...lepas solat maghrib baru lah makan  lasagna tu...
    buat stok, katanya.... beef dan chicken lasagna.  bila2 nak makan nanti dah ade tinggal nak reheat jer. mudah kan kerja tukang dapo jugak lah kiranya tu kan..
    sebiji jambu batu lohan ni dapat sepenuh mangkuk ni...kak rose suka taburkan asam pakchu 916 kalau makan jambu cenggini. sedappp! makan hingga bersambung ke sahur baru habis
    goreng sebiji jer pun keledek ni... tapi jadi banyak lah jugak. tak habis makan masa berbuka, so dengan keledek reheat ni lah kak rose bersahur tadi.
     

    Serunding kelapa udang kering


     BAHAN-BAHANNYA :-)
     
    1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
    1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
    3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
    2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
    8 biji bawang merah*
    2 ulas bawang putih*
    1/2 inci lengkuas*
    3 batang serai, hiris halus*
    1 camca besar penuh ketumbar biji*
    1/2 camca teh jintan kasar*
    1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
    4 helai daun limau purut
    Garam dan gula secukup rasa

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
    3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

    Thursday, March 23, 2023

    Salam Ramadhan 1444

    Gambar Tahun 2023 PNG | Vektor Dan Fail PSD | Muat Turun Percuma Di Pngtree

    Salam Ramadhan 1444 kepada semua yang masih sudi singgah kat dapo kak rose yang hidup segan mati tak mau nih. Semuga Ramadhan tahun ini hadir dengan seribu rahmat, barokah dan segala kebaikkan untuk kita semua. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. dan kak rose nak kongsikan pesanan dari Tuan Syeikh Mutawalli syi'rawi tentang pencuri pencuri dibulan Ramadhan

    Berhati-hati dengan pencuri-pencuri di bulan Ramadan
    ‎Syeikh Mutawalli syi'rawi.

    Pencuri 1
     Televisyen, pencuri berbahaya dan membinasakan puasa, mengurangkan pahala dengan sebab siri-siri, episod-episod dan program yang sia-sia.

    Pencuri 2: Pasar-pasar, pencuri khusus yang menghabiskan harta dan waktu tanpa terkira supaya kita disibukkan dengannya. Tetapkan apa yang mahu dibeli sebelum pergi ke pasar (pasar “online” begitu juga 🤭)

    Pencuri 3: Berjaga malam tanpa tujuan. Pencuri masa yang begitu berharga, yang mengharamkan dirimu daripada tahajjud dan istighfar pada malam-malam terakhir

    Pencuri 4:
    Dapur, khususnya bagi para wanita yang menghabiskan masa begitu lama untuk memasak pelbagai jenis makanan. Hingga boleh membawa kepada pembaziran dengan dibuang ke dalam tong sampah.

    Pencuri 5: Telefon, perbualan yang panjang di telefon dan apa yang melibatkan dosa-dosa seperti mengumpat, mengadu-domba, perbualan-perbualan liar dan menyebarkan rahsia-rahsia.

    Pencuri 6:
     Bakhil yang mengharamkan dirimu daripada mendapat ganjaran dan pahala sedekah yang memelihara daripada api neraka khususnya sedekah pada bulan Ramadan.

    Pencuri 7: Majlis-majlis yang sunyi, tidak disebut zikrullah di dalamnya yang menyebabkan kerugian orang yang berada di dalamnya pada hari Kiamat.

    Pencuri 8:
    Akhir sekali, pencuri paling besar ialah medium-medium media sosial yang tidak digunakan untuk meraih keredhaan Allah.

    Semoga Allah mentaufiqkan kita untuk memetik buah-buah Ramadan dengan melakukan apa yang dicintai dan diredhaiNya.

    Thursday, March 16, 2023

    Sarapan kami...

     Lamaaaaaa sungguh tak jenguk dapo maya kak rose ni... so hari ni kak rose hidang sarapan yang setiap hari pun samaaaa jer tanpa rasa jemu. tu pada kak rose yang cuma rajin sediakan toast untuk sarapan!






    Alhamdulillah, sekurang kurang nya ada jugak kerajinan nak sediakan sarapan sendiri kan...😀😀