Saturday, April 16, 2022

Iftar #13 baby pak choy pulak...

Alhamdulillah... rasanya macam baru saja kita mula berpuasa, sedar tak sedar dah separuh perjalanan ramadhan kita... dan Alhamdulillah juga masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk terus menjalani ibadah siang dan malam2 ramadhan ini. juga masih sedia berkhidmat sebagai tukang dapo untuk sediakan juadah berbuka walaupun cuma seadanya jer.. untk berbuka ada sedikit kuih dan buah2 sudah memadai dan lepas maghrib pulak hidangan makan nasi yang ringkas juga...
udang kecik2 salut dengan tepung bistari dan goreng garing2 krup krap... kalau ada daun kari lagi lah wangi udang ni kan... tapi kak rose tak de tu semua, tak jadi masaalah. kita yang buat dia kan. dan untuk kuahnya ada gulai nenas dan udang leftover, just panaskan je. cukuplah lauk untuk dinner kami.
buah2 yang mesti kena ada semasa berbuka... tak kira lah buah apa pun semua kak rose suka jer.. seedless jambu batu lohan ni walaupun dah manis tapi tetap jugak nak taburkan dengan serbuk asam ni. menambahkan kesedapannya..
homemade karipap inti daging untuk menu berbuka semalam... bermacam2 saiz lah bentuknya dan kak rose memang suka buat karipap yang gemuk2 penuh isi macam ni... sudahnya makan dua biji pun dah kenyang dan bakinya... again masuk dalam fridge jer la. nak makan masa sahur memang tidak lah. sahur cuma makan toast dan nescafe o untuk kak rose dan nescafe untuk en asben.. selamat berpusa untuk hari yang ke 14 buat semua...
 

No comments:

Post a Comment