Wednesday, December 29, 2021
Menu sihat ke?
hard boiled egg dan popcorn chicken, yang lain tu potong2 jer dah siap semuanya dan digandingkan dengan hot honey lemon tea... walahhh sedapnya la hai..
tambah sedap bila disimbah dengan mayonnaise dan sos chili ni... anggur hijau sebagai dayang pengiring menu tak berapa sihat ni..
Tuesday, December 28, 2021
Simple yet soooo sedap.
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air
Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiramCara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!
Monday, December 27, 2021
Cucur badak
- 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung kanji
bahan2 untuk inti:-
- 1/3 biji kelapa parut
- 1 btg serai
- 2 sudu besar udang kering
- 3 tangkai cili kering
- sebiji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- sedikit air asam jawa
- 1 sudu gula
- garam secukupnya
- Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata. - Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
- Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
- selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
Cara Membuat Inti:-
- Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
- Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
Sunday, December 26, 2021
Friday, December 24, 2021
Mayonnaise pancake
3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon ( tak letak pun x pe)
2 sudu besar mayonisCampurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik. hujan2 ni asik nak makan jer kan... so kalau rajin boleh lah sediakan pancake ni buat minum petang. satu adunan ni kak rose ngan2 dapat 4 biji pancake comel ni, cukup untuk kami berdua... makan dengan madu, butter dn strawberry jam.. Alhamdulillah...
Monday, December 20, 2021
Ayam panggang rosemary
kak rose kongsikan kat sini resepinya... tapi cuma ayam semata yang kak rose buat ni.. kalau dah tak rajin tapi nak jugak buat kan... so dengan apa yang ada jer la. dan daun rosemay kering tu pun tak tumbuk, cuma gaulkan sekali dengan rempah perapan tu. Alhamdulillah sedap kata tukang makan. resepi ni untuk seekor ayam, tapi kak rose buat untuk 2 keping whole leg ni jer, maklumlah kami berdua jer kan... so pepandai lah nak adjust resepi tu ya..
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega
Cara penyediaan
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.
Wednesday, December 15, 2021
Tuesday, December 14, 2021
Tak pernah tak suka...
pisang pilihan adalah pisang berangan.. suka sangat!
jambu air madu dan lemon... tapi jambu air ni dah macam harga kayangan pulaknya... sekilo sehingga rm20 henggit, tu pun cuma tujuh atau lapan biji jer... tapi nak makan dan tak pandai nak menanam, so kena beli jugak la kan...
yellow kiwi zespri ni pun harga kayangan jugak lah kiranya untuk kak rose rakyat marhaen ni...nasib baik lah manis dan sangat sedap pada kak rose lah...
navel oranges, manis n juicy..
jambu kayangan and grapes dan navel oranges
sentiasa sedap...
dua2 ni buah kayangan lah pada kak rose..
mangga yang kadang2 ada berlambak, kekadang tu payah pulak nak carinya..
jambu lohan, masa ni kehabisan asam pakchu916 tu... rasa tak ngam lah...
next day tu kena cari gak lah... yeayyyy... jambu lohan dengan asam pakchu916 ni memang ngam sangat... ada yang suka makan jambu gaul dengan asam macam kak rose tak?
Sunday, December 12, 2021
Air lemon madu
satu untuk tuan tanah dan satu lagi untuk en asben, jugak suka minum panas2 cam ni..
dan kak rose lagi suka ada sedikit perahan lemon berserta seratnya dalam tu... bila campur madu tu dah tak masam jadinya isi lemon tu...
fresh lemon, sentiasa ada simpan stok
Saturday, December 11, 2021
Apple n celery salad
Ingredients
80 gm red apple (cut into cubes)
80 gm green apple (cut into cubes)
50 gm celery (chopped finely)
30 gm walnut (chopped finely) - kak rose ganti dengan cashew nut)
100 ml mayonnaise
1/2 tsp salt
strawberry n mint leaves for presentation
preparation
mix well the apples, celery with mayonnaise and cashew nut
add some salt and mix it again
put salad on plate and decorate with strawberry and mint leaves meratah jer... tak perlukan nasik dah....
Thursday, December 9, 2021
Chicken lasagna
Alhamdulillah, kena dengan selera kami walaupun cuma tambah dengan salad pun ok lah...
Wednesday, December 8, 2021
Mlcp udang dengan timun tua
Saturday, December 4, 2021
Makan2 di oOchid Bistro
Grilled chicken chop with fries and spaghetti aglio olio, portion yang sangat besoooo...
Thai dried chili chicken ni seakan chicken kung pao jer rasanya... tapi kan cashewnut tu sangat lah halusnya, hilang tenggelam dek ayam dan sayuran.. and rasanya a bit too sweet lah untuk tukang makan.
sweet and sour chicken with rice, telo mata dan keropok
Friday, December 3, 2021
Dapat dah...
Akhirnya... setelah lebih sebulan membooking, welcome to our family iPhone 13 Pro
dan akhirnya dapat lah apa yang sangat diinginkan... walaupun terpaksa tunggu lama... bila kedai dah panggil stok dah sampai, tak de masa pulak nak g amik, so hujung minggu baru lah dapat merasa ipon baru ni..
ade free gift kedai tu bagi, tapi macam out dated punya gitf la pulaknya... samsung head phone (tak de yang wireless katanya) dan bluetooth speaker..
masa memula pergi tu cuma dapat pegang dummy ni jer... stok tak ada, kena booking baru dapat katanya... jadilah amik gambar jer dulu kan...
Thursday, December 2, 2021
Naik 0.45 sen...
walaupun naik harga, tetap juga kena beli...
reality nya sekarang bukan takat roti je yang mengalami kenaikkan harga, malah almost everything pun dah naik harga..kita sebagai pengguna, kalau ada pilihan memang akan buat yang terbaik, tapi kalau nak buat sendiri roti macam ni masih tak rajin lak... noxxa bm pun dah bagi kat adik, daripada ada depan mata tapi jadi tukun jer baik lah bagi dia, boleh jugak adik guna kan... selamat meroti, dik!
untuk kak rose beli jer lah roti ni... jom lah sarapan dengan roti yang dah naik harga ni, pilihan tetap gardenia, tapi jenama roti yang lain tak pulak dengan akan naik harga kan... or roti gardenia ni jer yang guna bahan mentah yang dah naik harga? entah lahhhhh..
Wednesday, December 1, 2021
My fresh fruits bowl
green grapes, papaya, red apple and yellow watermelon
navel orange, papaya, green grapes and green pear