Thursday, July 15, 2021

Dan keputusannyaaaa....

Alhamdulillah.. syukur pada mu Ya Allah... dapat result ujian darah yang kak rose buat pada hujung bulan june ari tu dan keputusan ni kak rose dapat selepas tiga hari. tapi kerajinan tu tak de nak tepek kat sini... tak boleh jadi ni. nak jugak simpan kat sini buat kenangan da rujukan dikemudian hari keputusan ujian darah dan tahap kesihatan yang kak rose buat setiap tahun tu... so nanti boleh lah nak compare kan... semuga tiap tahun pun keputusannya yang baik2 saja lah... Insya Allah asalkan rajin nak jaga kesihatan diri kan...
semua ok, kata doktor... Alhamdulillah..
ada satu arrow tu... tapi doktor kata tak significant lah... harap2 gitu lah ya...
yang paling penting tahap kolesterol tu dah turun banyak lah compare dengan tahun lepas...  kadar glucose pun ok. Alhamdulillah.
 Syukur sangat2... kiranya pass with flying colors lah. tahniah untuk diri sendiri dan semuga dapat teruskan jaga kesihatan diri, jangan malas2 nak exercises kan.... tapi dah dekat dua tahun pkp, pkpd ni tak dapat lah nak berbriskwalk kat taman macam dulu2... covid menakutkan!

No comments:

Post a Comment