Monday, June 14, 2021

Pulut kukus dan rendang daging

bila terasa nak makan pulut kukus, maka merajinkan diri buat jugak lah... asalnya teringin nak makan lemang, tapi kan pkp ni membataskan bukan saja pergerakan tapi juga nak membeli barang makan2 seperti selalunya.. so yang lebih afdal buat jer lah sendiri.. yang penting keinginan tertunai lah... dan sebab rendang ni jugak lah yang membuatkan teringi nak makan dengan lemang.. tapi memadai lah dengan pulut kukus ni kan..terima kasih pada yang kongsikan resepi rendang dan tips nak membuat rendang tu.
Bahan - Bahan:
1/2 kg daging pejal
1/2 kg santan pekat
4 labu bawang besar  (blend)
6 ulas bawang putih (blend)
6 ulas bawang merah (blend)
2 inci halia (blend)
2 inci lengkuas (blend)
10 batang serai (4 btg blend, 6btg ketuk)
15 tangkai cili kering (blend)/4 sudu besar cili giling puteri
2 paket kerisik (1 paket 40g)-
1sk serbuk kunyit
1 helai daun kunyit (racik halus)
2 asam keping
Garam dan gula
Cara-Cara 

  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar, serai ketuk.Masukkan cili giling dan gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan hingga daging kecut sedikit.
  3. Masukkan santan, kerisik dan asam keping dan sedikit garam (LiNa Pg cuma gn 2sudu kecil garam).
  4. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak.LiNa Pg masak menggunakan api kecil sahaja dan periuk bertutup.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.
  5. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yg diracik.Sesuaikan rasa.Tutup api

Tips Buat Rendang Daging Yang Sedap:
  1. Gunakan daging dari jenis daging pejal atau daging batang pinang supaya bahan-bahan mudah meresap dan lebih sedap rendang dagingnya nanti.
  2. Lagi banyak bahan-bahan kisar yang digunakan sebenarnya lebih sedap rendang tersebut.
  3. Masak rendang hingga terbit minyak, dan guna api kecil sahaja.Pastikan kuali bertutup atau guna periuk yang bertutup.
  4. Jika air semakin kering tapi daging belum empuk, tambah air sedikit demi sedikit.
  5. Ada pelbagai bahan untuk buat rendang mengikut resepi yang pelbagai sebab itu ada rendang yang berwarna kehijauan, ada rendang berwarna hitam dan ada juga rendang yang hasilnya berwarna coklat kemerah-merahan.
  6. Penggunaan kerisik antara tips atau petua yang meningkatkan aroma rendang, namun ada juga rendang yang tidak menggunakan kerisik tetapi masih tetap sedap.
  7. Penggunaan santan boleh juga diganti dengan susu cair atau  yogurt.Boleh pilih mana-mana kesukaan masing-masing.


 

No comments:

Post a Comment