Friday, April 23, 2021

Iftar #10 Kuih cara berlauk

 Asalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa dihari ke 11 hari ini..

bila dah tak tahu nak masak apa untuk juadah berbuka, kodek lah fridge ajaib yang banyak menyimpan segala khazanah tu... stok memang banyak lah semasa bulan puasa ni sebab buat marketing pun cuma seminggu sekali, so kena lah sentiasa ada bahan yg nak dimasak.. ada mince meat ni so kita jadikan inti kuih cara ni.. buat pun separuh adunan jer batternya, cukuplah untuk kami anak beranak berbuka... Alhamdulillah tak de letfover.
buah untuk petang semalam, tembilai merah dan orange jer.
udang kertas salut tepung bistari goreng rangup krup krap dengan daun kari. walaupun kecik2 cenggini, tapi ni lah pebret kami anak beranak... udang rakyat marhaen cam ni lah kan, sedap untuk meratah, tapi camner pun masih jugak ada berbaki..oh lah fridge... bertambah susunan tipuware berisi leftover!
daging goreng kunyit yang sempoi tapi sedap lah... tapi kok lauknya semua kering tak berkuah. en asben pulaknya kalau makan mesti nak yang ade berkuah gitu.. sudahnya daging kunyit ni pun ada berbaki jugak! dah sikit jer pun masaknya, tapi tetap jugak tak boleh nak abeskan.
maka jadilah sayur masak lemak ni, since baby pak nai ni ada baki lagi, so kita buat dia masak lemak campur dengan udang dan carrot. Alhamdulillah habis sayur ni
dan en asben balik kerja beli tuna  dan sardin sandwich 2 set each... memang tak termakan lah masa berbuka...so simpan dalam fridge dan jadilah menu bersahur kami tadi . Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah dibulan mulia ini..
 

2 comments:

  1. Kuih cara berlauk ni susah nak dapat yang sedap.

    ReplyDelete
  2. Aisya, kena buat dan ikut citarasa sendiri, pasti sedap ditekak kita. Insya Allah

    ReplyDelete