Tuesday, February 2, 2021

Sup ayam berkerim

Ah..... rindu nak makan creamy mushroom soup yang kat ikea tu, tapi apa kan daya dah dekat setahun pkp pun tak habis lagi... nak keluar pun takut apa lagi bila nak dine-in pun tak dibolehkan.. so kita usahalah buat sendiri jer kan. cendawan tak de, ayam pun boleh lah asalkan dapat makan yang seakan2 sup tu kan... pujuk tekak untuk terima apa yang ada dikeadaan yang macam ni kan... tunggu bila dah di lift kan pkp tu, Insya Allah boleh lah kita menikmati sup sedap ikea tu lagi kan..sementara tu jom lah tengok resepi creamy chicken soup ni...
Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 
 Cara2:
  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..


 

No comments:

Post a Comment