Asalamualaikum dan salam ber pkp dan ber darurat 2021
Semur Ayam (Ayam Masak Kicap Jawa)
 Bahan-bahan A :-
 Ayam kampung /Ayam Bandar( digoreng dgn garam & serbuk kunyit tapi jangan goreng garing2 /tak nak goreng pun boleh)
 Kentang (beberapa biji ikut suka dan boleh goreng kosong dulu kalau tak nak goreng pun tak mengapa)
 Bahan-bahan B (untuk kuah) :-
 Bawang kecil 4 ulas + Bawang putih 3 ulas + Halia ½ inci = ditumbuk 
 Sebatang serai-dititik
 1 kuntum Bunga lawang-di tumbuk 
 1 batang Kulit Kayu Manis-ditumbuk-(Cik Ta beli yang serbuk)
 2 biji Buah pelaga_tumbuk
 4 kuntum Cengkih-tumbuk
 Santan  (saya guna santan kotak 1 kotak kecil)
 1/2 cawan Kicap (Cik Ta guna Kicap Kipas Udang Manis)
 Lada putih -1 camca besar (tumbuk- )
 I cawan air
 1 sudu teh air asam jawa 
 Cara memasak:-
 Tumis bahan-bahan yg ditumbok bersama-sama bunga 
lawang,serai, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga kekuning-kuningan 
dan naik bau.Masukkan lada putih diikuti ayam dan kacau. Masukkan kicap 
kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat. (Api biarlah sederhana).  
Kacau perlahan-lahan lagi sehingga mendidih hingga ayam empuk. Masukkan 
kentang.
Apabila kentang empuk masukkan air asam jawa dan santan, kacau dan jangan biarkan santan pecah minyak.Rasa sama ada masin atau tidak, jika perlu tambah garam dan saya tambahkan serbuk perasa Hilal. Kuah boleh dalam keadaan kering pekat atau cair mengikut selera masing-masing.( Cik Ta buat kuah banyak sebab anak-anak sukakan kuahnya kalau mak mentua buat kering pekat)Kacau rata dan siap utk dihidangkan.
Enak dimakan dengan Nasi Ambeng atau Ketupat Nasi ...


sedapkan masakan semur ni, terasa2 rempahnya berbanding masak kicap biasa
ReplyDeletebetul tu sk.. wangi jer bau masa masak tu..
ReplyDelete