kak rose memang tak tahan pedas, so memang kurangkan ciliapi dan tambahkan cili merah tu...
- Sedikit minyak masak
 - 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
 - 10 biji Cili padi (ikut ler kepedasan memasing ya)
 - 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
 - 3 biji Bawang putih, hiris
 - 5 biji Tomato, potong 4
 - 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
 - 2 sudu Ikan Bilis- kak rose lebihkan
 - 3 sudu gula merah/secukup rasa
 - (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili merah!)
 
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
 - Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
 - Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
 - Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
 - Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
 -                                                    Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. (kak rose makan terus jer)
 - Masukkan gula merah dan gaul rata.
 - Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
 

kesip lidah tengok lada, hihi
ReplyDeletesedapnyaa nampak.. makan dengan nasi panas2.. nyummm
ReplyDelete