Bahan-bahan
- 2 cawan beras pulut
 - 2 cawan santan cair
 - 1/2 cawan air pandan (dikisar)
 - 1 st air kapur (kak rose x letak)
 - 1/2 st garam
 - beberapa titik pewarna hijau
 - kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
 - *** air gula ***
 - 3 ketul gula melaka
 - 5 sb gula
 - 3 cawan air
 
Cara-cara
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
 -  Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun 
pisang. Ambil pulut tekan  padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan 
sejuk,kemudian potonglah ikut  bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan 
dalam kelapa parut.(kak rose gulung guna sushi mat tu)
 - Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
 - *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
 
 


Setiap kali tengok lopes bulat ni mesti teringatkan mak mertua
ReplyDelete