3 biji kentang ( direbus dan dilecek)
1/3 batang carrot
1/2 batang timun
1/4 biji bawang besar
3 sudu besar mayonis - kak rose gantikan dengan telor rebus
sedikit garam
1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)
Cara-caranya
1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
2. Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama telor rebus, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
3. Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou ( bekal) atau di makan begitu sahaja.
- Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba.
Sedapnya.. tergoda sungguh ni ��
ReplyDeleteCuba lah... lebih sedap kalau letak mayonis pada kak rose lah..
ReplyDelete