Tuesday, October 6, 2020

Mee goreng sedap

 Asalamualaikum dan salam selasa.. 

muga kita semua sentiasa dalam di lindungi dari pendemic corona virus yang kes baru nya semakin meningkat setiap hari...

dan kerana pendemic ni, maka lebih baik lah kita duduk dirumah saja kalau tak de keperluan yang mendesak untuk keluar kan... so makan makan pun lebih baik lah kita masak sendiri jer.. walaupun jenuh nak pikir juadah yang nak disediakan... kena kreatif lah jugak walaupun cuma menu yang berulang2... nasib baik lah tukang makan tak cerewet dengan apa yang tukang masak ni hidangkan.. jom lah kita mask mee goreng basah ni... sedap tau!

Bahan bahan:
500 gram mee kuning
100 gram isi ayam/daging - potong kecil
8 ekor udang sederhana besar
2 biji telur - pukul rata
1 biji buah tomato - potong kasar
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
Garam, air secukupnya
1 sudu besar gula - letak 1/2 sudu jer (tak letak)
Minyak
1 sudu besar sos tiram) yg ni kak rose tambah
1 packet fish cake)

Bahan tabur:
1 biji cili merah - hiris
Daun bawang
Limau nipis
Bawang goreng
 
Cara cara:
 
Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan udang dan kacau dan  dimasukkan 1 mangkuk air.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati. 
Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.
Mee sedia dihidang dengan daun bawang/daun sup, cili merah dan bawang goreng.

 

No comments:

Post a Comment