Friday, October 2, 2020

Kuih cara berlauk

 Asalamualaikum dan salam jumaat, penghulu segala hari...

rindu nak post kuih hari jumaat kak rose kan... sejak bermula pkp, kami semua belum lagi memulakan gathering bacaan surah Al-Kahfi seperti dulu yang kami buat tiap jumaat tu... keadaan belum mengizinkan dan apatah lagi buat masa ni keberadaan covid-19 tu makin meningkat dan seakan berada disekitar kita dah... sungguh menakutkan kan... semuga kita semua sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari keganasan wabak ini. yag penting kita amalkan sop dan keluar bila perlu jer... walaupun gathering mingguan ni belum boleh lagi di mulakan tapi Alhamdulillah kuliah2 dimesjid dah boleh kak rose hadiri walaupun dengan sop yang ketat... but at least something la kan..

 

dengan kes baharu yang sangat tinggi, lebih baiklah kita berhati2 dalam segala hal terutama dalam penjagaan dan mengikuti sop seperti yang diarahkan... lebih baik tinggal dirumah kalau tiada apa yang sangat perlu dilakukan di luar.. #kitabelummenang #kitajagakita. semuga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari pendemik ini... Aamiin

jom kak rose kongsikan resepi kuih cara berlauk ni...

Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula

Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan
2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.
3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.
4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.
5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak. 
 

No comments:

Post a Comment