Asalamualaikum dan selamat berpuasa buat semua..
Alhamdulillah, selesai sudah hari ke tiga berpuasa dan terawih ke empat
dan menu simple hari ketiga berbuka untuk kami berdua jer, sediakan yang mudah2 dan yang penting apa yang ada dalam stok semasa pkp ni... bukan mudah nak membeli.. apa lagi ketua keluarga yang memang tak berapa pandai nak membeli.. bertabahlah jer la kan. tapi ikan masin ni memang lauk paling sedap kalau digandingkan dengan masak lemak cili api..
dan untuk kami berdua, dua keping ikan tenggiri masak lemak cili api bersama kacang panjang ni cukuplah untuk sekali hidang... masa bersahur memang kami tak makan nasik dah.
sayur pun pkp jugak lah... kobis, capsicum dan udang jer... banyak ni pun tak boleh nak habiskan.
menu berbuka puasa kami... goreng keledek pepel cicah sambal kicap jawa.. dua potong pun dah kenyang bila dapat minum air teh o banyak2 tu.. dan yang paling banyak makan buah ni lah..
kalau buah memang tak pernah lah tak abesnya.. jambu batu gaul dengan asam pakcu 916 dan mangga susu yang sangat manih letingg! Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi untuk Ramadhan dengan normal baharu ini...
Menu lengkap
ReplyDeleteselamat berbuka puasa
menu seadanya semasa pkp ni.. selamat berpuasa dan berbuka juga untuk WP
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete