Friday, April 3, 2020

Al-Fatihah untuk diri sendiri...

Asalamualaikum dan salam jumaat..

semuga kita semua sentiasa dalam lindungan dan Rahmat Allah hendaknya... dan dengan ini dah empat minggu kami tak dapat bergader2 mingguan untuk bacaan Surah Al-Kahfi yang diadakan setiap pagi jumaat... covid 19 memutuskan segala pergerakkan bila mana kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakkan dan duduk dirumah saja... so bacaan surah Al-Kahfi pun baca sendiri2 di rumah lah.. terus teringat masa selama dua tahun kak rose di Penang, setiap pagi jumaat, jam sembilan pagi kak rose pun stat membacanya... seakan bergader3 dengan kawan2 yang dishah alam. tapi kini, walaupun berada di shah alam tapi keadaan sangat berbeza... baca sendiri2 dirumah masing2... Semuga covid 19 cepat berlalu...

jom kak rose nak kongsikan amalan baca Surah Al-Fatihah untuk diri sendiri... terima kasih yang kongsikan di wall fb.

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI

Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri...?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.

CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur...
1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu
2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali
3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :
" ALHAMDULILLAH "
4. Kemudian katakanlah :
Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Ya Allah.

Lalu baca surah" Al-Fatihah 1x.
Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

(HR. Al-Bukhari)

Aamiin ya Rabbal'alamin
Saya doakan semua yang membaca dan mengaminkan doa ini, di beri rezeki melimpah 7 turunan dan diundang segera oleh Allah menunaikah Haji dan Umroh dengan cara2Nya.
Aamiin.... 🤲
Semoga bermanfaat dunia akhirat... Aamiin.

No comments:

Post a Comment