Thursday, April 30, 2020

Iftar #6 kuih buah melaka

Asalamualaikum dan selamat pagi semua..
selamat menyambung PKP fasa ke 4 dan selamat berpuasa kita ya..

 dah enam hari kita berpuasa ya... dan bermacam menu dah cuba masak untuk menu berbuka kami.. dan kuih yang mesti ada untuk berbuka kak rose, salah satunya ialah kuih buah melaka ni. buat pun cuma secawan tepung jer, tapi tu pun tak boleh habis untuk kami berdua. bila dah dapat minum air dan makan buah banyak2 kan...

 buah yang ada untuk petang semalam... orange dan grapes panjang2 ni...

 lauk simple untuk petang semalam... phat phet chicken fillet...resepi kat sini.  en asben belikan chicken fillet ni sampai 2 kg, nak masak apa lagi ya... tu lah bila ketua keluarga yang pergi membeli, tak de nya nak beli sikit2... so masak lah sampai jemu.

 sayur bunga kubis goreng bersama capsicum... dan bunga kubis dan capsicum pun ada banyakkkk.. masak dan makan jer lah selagi belum habis, tak baik membazir kan..

ikan rebus goreng resepi dari mak mentua... goreng garing2 boleh meratah jer ni. yang ni kak rose oder delivery, dan memang mintak pilihkan yang kecik2.. Alhamdulillah, fresh ikannya, sotong dan udangnya pun fresh jugak. tapi kan goreng tiga ekoq kecik2 ni pun berbaki lagi..ya lah makan pun dah lewat, lepas terawih baru makan nasik.  dan memang kalau bukan bulan puasa memang jarang sekali kak rose nak makan nasik memalam. sahur kami memang tak makan nasik, cuma toast n nescafe jer..

Wednesday, April 29, 2020

Corona Virus. Pendemic 2020


nak jugak tepek kat rumah maya kak rose ni kisah tentang wabak corona virus yang telah menjadi pendemic di seluruh dunia, terima kasih pada pada yang kongsikan di fb dan mohon izin nak copy n paste kat sini pulak ya.. 


HARI NI BERMULA FASA 4
29 April 2020
Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid.
📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya.
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what's app.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

 Pematuhan penjarakan sosial
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lps hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Xtvt riadah dan bersenam dalam rumah.
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn kahwin online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

 COVID-19: Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan satu jenayah ...
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

 
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
 
📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, sesiapa yang membaca kisah ini akan sama sama berusaha supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
Kopi&pasta...akan jd kenangan abadi selamanya.