Monday, March 30, 2020

Agar agar sirap ros

menu bosan dalam masa PKP ni...
movement restriction order day 13th
bertabah lah ya... semuga covid-19 cepat berlalu...

 yang boring2 tu boleh lah mencuba agar agar sirap ros n untuk sejukkan tekak... jom kak rose kongsikan resepinya... mudah jer kan.. tapi kak rose buat separug je dari adunan ni... pun dah banyak untuk kami.. so kalau tak ramai orang dalam rumah, buat lah sikit jer. selamat mencuba.

Bahan bahan:
20 gram agar-agar bertali 
230 gram gula atau secukupnya
4 mug air
1 helai daun pandan
Sedikit gula batu, jika suka
Sedikit sirap ros
Sedikit pewarna merah, jika suka

Cara cara
Masak agar agar dgn air sehingga agar agar hancur. Kemudian masukkan gula secukup manis dan kacau hingga adunan larut dan sebati.

Masukkan pati sirap dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih.

Tapis dan tuang ke dalam loyang/bekas agar agar yang telah dibasahkan terlebih dahulu.

Sejukkan seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.
 

Sunday, March 29, 2020

Covid 19, cepat lah berlalu pergi...

Hari ke 12 PKP , semuga semuanya akan segera berlalu...

 gambar bunga dari pokok durian dikampung peninggalan arwah emak bapa, kalau dulu sebulan dua kali boleh balik menjenguk kebun, kini semuanya terbiar sejak arahan perintah kawalan pergerakan dan corona virus yang bermaharajalela ni... gambar ni kak rose amik berselang dua minggu sebelum pkp dengan bunga yang masih kuncup dengan lebatnya kat pokok tu..


dan ini lah keadaan rupa bunga tu selepas dua minggu kemudian... sedang mekar dan dah nampak putik durian tu..

segugus bunga pada tangkai yang lain pulak... juga sedang kembang mekar... muga tidaklah akan cuma jadi mangsa cik mon... walaupun kami memang payah nak merasa hasil dari pokok ni, tapi ianya menjadi rezeki setiap yang lalu kat kebun arwah ni.. tapi kini dah tak boleh lagi nak tengok perkembangan bunga dan buah durian ni... cepat lah berlalu pergi wahai cik corona yang sangat deadly tu.. kami rindu nak balik kampung lagi...

Tuesday, March 24, 2020

Kerana mu Covid_19

Ada voucher tapi tak leh g shopping..


terima kasih daun keladi... esok esok boleh lah bagi lagi...

Saturday, March 21, 2020

RMO day 4

Day 4, restriction of movement order
Covid-19

Bismillahhirohmannirrohim... Allahhuakbar
Semuga bahaya Corona ini akan segera berlalu dan kembali kan kesejahteraan kita seperti sedia kala.
Jom sama sama kita berdoa, semuga Allah akan makbulkan doa dari kita semua..

Doa yang dipimpin oleh Ustaz Tarmizi, slps selesai membaca Surah Ar Rahman yang telah bersiaran langsung di program TV Al-Hijrah jam 12 tengah hari Jumaat 20hb Mac 2020
Marilah sama-sama kita baca berkali-kali dan AMINkan beramai-ramai. Ayuhhh!

A'uuzubillaahiminasyaitoonirrojiim
Bismillaahirrohmaanirrohiim
Allaahummaasolli'alaa Sayyidinaa Muhammad
Wa'alaa Ali Sayyidinaa Muhammad

Segala pujian bagi Mu Ya Allah Pemberi Rahmat.
Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah yang kami ma'arifat.
Engkaulah yang mentadbir dengan Kudrat dan Iradat.
Kepada Engkau kami mengadu saat senang dan melarat.
Kepada Engkau kami menadah tangan bila bicara tersekat.

Allahummaa Ya Allah! Melihat segala musibah dan penyakit yang merebak, ketakutan menyelubungi kami bila ia menjadi wabak. Tolonglah kami dalam menghadapi suasana yang terdesak, hilangkan segala keresahan yang memuncak.

Allahummaa Ya Allah! Kalau ada wabak dalam negeri dan negara kami, Engkau hancurkanlah!
Kalau ia dalam masyarakat kami, Engkau musnahkanlah!
Kalau ia dalam keluarga kami, Engkau hindarkanlah!
Kalau ia dalam diri kami, Engkau lontarkanlah Ya Allah!

Dengan nama Mu Tuhan yang bersifat Ar Rahman, hilangkanlah segala ketakutan dan kemudaratan samaada di bumi, langit, daratan dan lautan. Engkau Pendengar doa segala permintaan hamba Mu dengan Rahmat Mu bertautan.

Ya Allah! Engkau jadikan kaum hawa di samping lelaki, Engkau jadikan kanan di samping kiri, Engkau jadikan air di samping api, Engkau jadikan keriuhan di samping sunyi.
Maka kurniakanlah bagi kami penawar yang mengubati. Dengan itu Hasanah di dunia kami perolehi, kesejahteraan Hasanah Ukhrawi kami dapati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, angkatlah wabak COVID-19 ini daripada kami semuanya Ya Allah! Kurniakanlah kesembuhan kepada saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami yang kini di uji dengan wabak ini Ya Allah!

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah, kurniakanlah kekuatan dan ganjarilah KHUSUSNYA kepada para petugas barisan hadapan kami Ya Allah. Para doktor, jururawat-jururawat, barisan anggota keselamatan, muslimin & muslimat seluruh masyarakat semuanya Ya Allah.

Perkenankan doa kami Ya Allah
Perkenankan doa kami Ya Rahman
Perkenankan doa kami Ya Rahim
Perkenankan doa kami di penghulu segala hari ini Ya Allah 😭😭😭

Allahummaa Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal'Alamiin

Thursday, March 19, 2020

Kerepek pisang tanduk

Day 2, restriction of movement order
Covid-19

 Asalamulaikum dan selamat tengahari semua... semuga kita semua dalam lindungan Allah jua hendaknya dan segeralah virus covid-19 ni cepat berlalu dari kehidupan kita semua. Aamin. dan hari kedua sempena perintah kawalan pergerakan ni, moh le kita buat kudapan home mede untuk hilang rasa bosan kan..

 bila dah siap cam ni... mengunyah jer kerjanya.. payan nak berenti la pulak..

 pisang tanduk yang kak rose bawak balik dari kampung, sagat nipis nipis dan deep fry hingga garing

cukup lah bekalan untuk sehari duduk dalam rumah jer... esok esok kita pikir yang lain pulak kan..

Wednesday, March 18, 2020

COVID-19

Asalamualaikum... Semuga kita semua dalam lindungan Allah jua...
1st day quarantine, Covid-19 Malaysia

 Bismillahirohmannirrohim, hari ni memang sungguh dalam sejarah bila ada perintah kawalan pergerakan disebabkan Novel Cororna Vierus yang sedang mengganas ni.. jadilah rakyat yang bertanggung jawap dengan mengikuti arahan dari yang berwajib dan juga memudahkan kekangan untuk tidak tambah merebaknya  deadly virus ni... perintah kawalan pergerakan adalan untuk kita stay kat rumah bila pejabat kerajaan dan jugak swasta ditutup dan diarahkan untuk kerja dari rumah jer... bukannya berpusu2 balik kampung macam pesta raya pulak... hai lah Malaysian!

 memula tu tak de la nak panic, tapi bila WHO pun dah istihar covid-19 ni sebagai pendemik, memang menakutkan lah.. dan bila bahan asas untuk pencegahan awal semuanya out of stock.. mask dan hand sanitizer semuanya kehabisan bekalan. nasib baik lah kak rose dah sedia beli awal2 untuk preparation, so tak de lah nak berebut membelinya.

dan pada malam 16 mac 2020, PM umumkan Malaysia diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan, bila jumlah positive cases dah mencecah 500+.  mulah terjadinya panic buying dan ada jugak manusia yang suka sebar berita yang tak sahih..lagi lah tambah resah dibuatnya. Apa pun semuga kita semua sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa dan sama2 berdoa semuga virus covid-19 ni cepat berlalu pergi. Please Malaysian, patuhi lah arahan KKM dan kerjaan... Just Stay at Home. #1stdayquarantine #covid19

Monday, March 16, 2020

Pokok cempedak+durian

mix marriage, pokok pun ada tau..

 semuga hidup subur lah ya...

 dan Insya Allah dapat merasa hasilnya..

sebahagian lagi kawasan kebun in clearing progress... 
nenas dah subur hijau. Alhamdulillah

Wednesday, March 11, 2020

Agak2 terikut tak?

perkongsian dari wall fb, terima kasih pada pemberi
kak rose tepek kat sini untuk motivasikan diri sendiri


 

 




 

 

 tak salah angan2 dulu kan.... dah berapa banyak perkongsian untuk kurangkan berat badan, tapi... selalu jer ada tapinya kan.. muga satu hari nanti hilang lah semua tapi tu... Insya Allah.



Tuesday, March 10, 2020

Apam balik


 kuih untuk pot luck mengaji... ni lah kuih yang kak rose buat untuk bawak sebagai buah tangan untuk weekly gathering bacaan surah Al-Kahfi pada jumaat lepas.. bersauna lah sekejap pada pagi hari tu...dan siap lah apam balik ni untuk dibawa sebagai buah tangan. kuih2 yang home made ni memang jadi kegemaran yang datang lah, instead of yang beli tu... tapi ramai yang beli jer sbb kesuntukan masa, sebab mengaji tu stat at 9am.. jadi memang tak sempat kalau nak sediakan kuih2 yang renyah dipagi hari tu..

jom tengok keeper resepi yang kak rose selalu guna ni..

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis, butter dan tabur sedikit gula dalam tu.)
Cara-cara
  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.

Monday, March 9, 2020

Kacang rebus goreng

Asalamualaikum dan selamat pagi isnin..

 ada kala nak merajinkan diri buat kudapan macam ni... sebenarnya terpandang kat wall fb ada yang rajin kongsikan macam2 resepi kacang goreng... so apa kata kita pun cuba lah sementelah bahan pun ada didapo jer kan... tapi kak rose buat ni tak de la sukatan, agak2 jer kekdahnya... memula tu rendamkan kacang macam biasa bila kita nak merebus tu... masa dah empuk tu kak rose masukkan sedikit garam dan gula... eh! nak ada masin dan manis lah kacang tu kan...

 dah siap tu toskan, pas tu curahkan sedikit putih telo pada kacang dan gaul sekata dan masukkan dalam bekas berisi tepung cam ni... kak rose guna tepung bistari campur sedikit tepung gandum untuk kurangkan masin tu..goncang2 hingga kacang bersalut tepung sepenuhnya macam kat bawah ni..

ha... dah ready nak gorengkan... goreng biar betul garing ya baru lah krup krap tak henti mengunyah.

Saturday, March 7, 2020

Bersama2 melengkapi...


buat renungan kita bersama....

For couples so eager to call it quits and throw in the towel on your relationship because everything isn't 'perfect'...here is some food for thought.

Lifelong commitment is not what most people think it is. It's not waking up every morning to make breakfast and eat together. It's not cuddling in bed until both of you fall asleep. It's not a clean home filled with laughter and lovemaking every day.

It's someone who steals all the covers, and snores, it's slammed doors and a few harsh words at times.

It's stubbornly disagreeing and giving each other the silent treatment until your hearts heal, and then forgiveness.

It's coming home to the same person every day that you know loves and cares about you in spite of, and because of, who you are.

It's laughing about the one time you accidentally did something stupid.

It's about dirty laundry and unmade beds.

It's about helping each other with the hard work of life.

It's about swallowing the nagging words instead of saying them out loud.

It's about eating the easiest meal you can make and sitting down together at a late hour because you both had a crazy day.

It's when you have an emotional breakdown and your love lays down with you and holds you, and tells you everything is going to be okay. And you believe them.

It's about still loving someone even though sometimes they make you absolutely insane.

Loving someone isn't always easy, sometimes it's hard. But it is amazing and comforting and one of the best things you will ever experience.

If you are blessed to have a wonderful partner in your life, then copy and paste the above, attach a picture of the two of you, and post it! I wanna see couples pictures of all my friends.

Thank you Sally-Ann Huson ❤️


Friday, March 6, 2020

Jom belajar berkebun...

Asalamualaikum... salam dari kebun di kampung....


Alhamdulillah.... half way dah terang kebun ni... dan banyak jugak lah $$ dah dilabur untuk ini... semuga terus ada kerajinan untuk menguruskan nya. Insya Allah.

Thursday, March 5, 2020

Popia satar

Buat lagi....

 Alhamdulillah, dengan sedikit kerajinan dan sebab nak makan sangat so kita buat jugak lah satar popia ni..kalau bahan semua dah ada, memang mudah jer nak sediakan satar ni, dengan yakin kulit popia tu masih ada stok, sekali tengok cuma ada separuh pack jer dalam bungkusan tu.... uwaaaa... makanya popia satar pun cuma dapat untuk sekali ngadap jer... so bahan yang berlebih sebab dah kehabisan kulit popia tu simpan jer lah dalam freezer... entah bila pulak nak dapat kulit popia tu lagi lah agaknya ya???

 cuma ini lah yang dapat kak rose bungkuskan... jadilah untuk kami berdua lepas nak makan kan... jom tengok resepinya camner nak sediakan satar ni... terima kasih yang kongsikan resepi ni ya.

Bahan:

3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara:

Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
Masukkan air asam jawa
perasakan garam dan gula
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
*saya tambah sedikit halba untuk rase kelainan. (kak rose tak letak)

Tuesday, March 3, 2020

Peria goreng rangup

Asalamualaikum dan selamat pagi semua...

 buat lagi peria goreng rangup ni... memang sedap sangat dan bila makan memang tak boleh nak berenti... tu yang jadi masaalahnya, dah lah sekarang ni tak dapat nak berlenggang mak limah dipagi2 hari tu, mulut pulaknya nak mengunyah tak boleh berenti. camner tu?? dan sepatutnya bulan ni kena menghadap doktor for yearly check-up, tapi makan langsung tak jaga... adhuaiiii la.. jom la tengok cara nak buat peria goreng rangup ni, terima kasih atas perkongsian di fb.

Peria secukupnya...

Bahan salut:
tepung goreng serbaguna bistari perisa pedas
tepung goreng serbaguna bistari perasa original
sedikit tepung beras
** jumlah ketiga2 tepung ni agak2 jer, campurkan supaya nanti kerepek tak terlalu pedas dan masin.

 peria yang fresh dari kebun, pemberian kawan dari kebun komuniti...yang lain dah sagat dan  ni jer dapat nak amik gambo... fresh n rangup!

Cara:

1. Ambil penyagat dan sagat buah peria yang telah dibuangkan isi dalamnya
2. basuh peria dan toskan, biar kering
3. masukkan peria kedalam bekas (kuantiti untuk sekali goreng), isi tepun dan tutup bekas tadi, goncangkan hingga tepung bersalut rata pada peria
4. panaskan minyak dengan banyak dan goreng terendam hingga garing
5. angkat dan toskan minyak dan biarkan sejuk, simpan dalamm bekas kedap udara untuk kekal rangup.

Sunday, March 1, 2020

Pengganti S Note

Salam March buat kawan2, 
semuga sentiasa dalam lindungan dan Rahmat Allah... Aamiin

 Alhamdulillah masih ada rezeki dan diberikan kesempatan untuk nak menggunakan gadget yang macam ni... pengganti S Note yang dah laaaaaama sangat tu.. sebenarnya masih sayang, tapi bila adik mintak nak guna, redho jer la bagikan pada dia... lagi pun note tu dah slow sangat kalau nak guna untuk browsing internet... maklumlah dah zaman tok kadok kan...

 so ini lah penggantinya...

 untuk main game bodo2 jer?...😜😜

macam2 jer boleh guna kan... jangan asik main game bodo tu jer. takut nanti berulang lagi kes couple tunnel syndrom tu... doktor pun dah bagi warning, kan!