Thursday, February 20, 2020

Tak pernah jemu ..

lontong sempoi jerrr...

 bila tekak dah teringin nak makan, buat jugaklah dengan bahan seadanya... walaupun tak berapa nak puas dengan kuah lontong tu disebabkan tak de sengkuang, tapi tetap kak rose ni makan bertambah dan berulang ulang! kak rose memang suka kalau dalam kuah tu ada sengkuang, menjadikan rasa manis dalam sayur2 tu... sedap sangat kat tekak ni, boleh makan dari pagi sampai petang... but not for en asben. makan sekali dah lah, katanya. hmmm..

lontong dengan kuah lodeh dan sambal tumis macam ni pun dah cukup buat kak rose... tak perlu nak rendang dan serunding bagai. telor rebus pun kadang tu tak perlu nak letak... apa apa sajalah, yang penting kemaruk nak makan tu dah tertunai... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi. dan lontong cam ni jugak lah yang sering kak rose buat untuk jamuan selepas majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah... Alhamdulillah sekali lagi, ramai yang sukakanya dan tapau sampai habis. terima kasih kawan2 semua...kita kongsi2 rezeki. Aamiin.

2 comments:

  1. Rindunya lontong air tangan orang johor. Kat kedah susah juga nak jumpa 😁

    ReplyDelete
  2. Umi, buat sendiri lagi puas hati tau.. boleh ikut citarasa tekak sendiri pulak tu.. hihi

    ReplyDelete