Semuga diberikan kekuatan dan kesungguhan nak mencuba cara ni..
dan semuga juga lemat yang menempek tu hilang jatuh berguguran...
tapi.... tapi bila nak stat tu yang belum tahu lagi 😜
Asalamualikum dan salam Khamis buat semua kawan2... terjumpa cara diet yang macam senang jer nak buatnya ni (eh! betulke mudah nak buatnya?), so meh la tepek kat sini. semuga ada kesungguhan nak buatnya memandangkan dah sebulan lebih tak berbriskwalk dan lepas tu pulak asik makan nasik jer setiap hari. terima kasih pada yang kongsikan GM diet ni. doa kan lah kak rose kuat semangat nak buat ni.AamiinApa itu GM DIET ?
✅ GM = General Motor
Diet GM pertama kali diasaskan khusus untuk para pegawai di perusahaan General Motors, Amerika Syarikat.
Diet ni merupakan program diet 7 hari yang diuji oleh John Hopkins Research Center. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kesegaran di pengurusan General Motors, sekali gus menaikkan daya saing produk di perusahaan General Motors.
Diet GM ni sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa rasa lapar. Diet ni mampu menurunkan berat badan sekitar 5-8kg dalam tempoh seminggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta mampu memperbaiki pola makan seseorang.
Diet ni dilakukan dengan menu yang telah ditetapkan. Selama diet ini berlangsung, anda harus minum air kosong minimum 8 gelas setiap hari dan tidak boleh minum minuman manis.
Diet GM boleh diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi.
.
.
🍻 HARI PERTAMA 🍽
• Buah-buahan kecuali pisang.
Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai. Boleh makan kerap hingga kenyang.
.
.
🍻 HARI KEDUA 🍽
• Sayur-sayuran
Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang.
Digalakkan sarapan dengan kentang rebus.
Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.
.
.
🍻 HARI KETIGA 🍽
• Sayur-sayuran kecuali kentang.
• Buah-buahan kecuali pisang.
.
Di hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.
.
.
🍻 HARI KEEMPAT 🍽
• Pisang
• Susu rendah lemak
Di hari keempat, perlu makan 8 biji pisang serta 3 - 4 gelas susu rendah lemak. Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini.
Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya.
Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.
.
🍻 HARI KELIMA 🍽
• Makanan dari sumber protein
• 6 biji tomato
Pada hari ni, anda boleh ambil 560gram sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato. Daging hamburger atau Meet ball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan.
Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe.
Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.
.
.
🍻 HARI KEENAM 🍽
• Makanan dari sumber protein
• Sayur-sayuran
Di hari keenam ini, anda boleh memakan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.
.
.
🍻 HARI KETUJUH 🍽
• Nasi beras perang
• Jus buah
• Sayur-sayuran
Merupakan hari terakhir dalam GM diet.
Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.
.
.
NOTA TAMBAHAN :
✅ GM diet ini cukup dilakukan sebulan sekali.
✅ GM diet juga mampu menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit Diabetes.
✅ Ibu yang menyusu dan mempunyai berat badan berlebihan juga boleh mengikuti GM diet.
ada juga member yg amalkan gm diet ni. nampak berkesan. dia pun cakap dalam banyak2 diet ni paling nampak ketara perubahannya. tapi saya tak cuba lagi
ReplyDeleteKak Rose kalau dah start nanti buat review untuk kami ye 😉
ReplyDeletecheck below, are some totally unrelated websites to ours, however, they are most trustworthy sources that we use, Here is a great Weblog You might Uncover Exciting that we Encourage You...
ReplyDeletePinoy Channel| Pinoy Tambayan| Pinoy Tv| Pinoy Tv Replay| Pinoy Ako| Pinoy Lambingan| Pinoy Teleserye| Zee tv
I appreciated your work very thanks. There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do for all travelers ...
ReplyDeleteFirst time dgr gm diet ni
ReplyDeleteDepo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
ReplyDeletemampir di website ternama I O N Q Q
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-q
~domino99
~poker
~bandar66
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217