Wednesday, October 30, 2019

Tom yam ayam

dua jjjeluk tomyam di dua hari yang berbeza...

 lebih suka yang banyak sayur cenggini...😋😋

terlebih tomato sudah!..😍

Friday, October 25, 2019

Ayat Munjiyat untuk pelindung diri

Amalkanlah Ayat 7 Pagi Dan Petang Agar Selamat Dari Fitnah Dan Dengki. Inshaallah

 


Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari

Ayat Tujuh juga dipanggil ‘Ayat Munjiyat’ adalah terdiri daripada 7 ayat yang diambil dari beberapa surah dalam Al Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab ‘Majmu’ syarif’.
Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai ‘Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat’ ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.

Ayat Pelindung Diri
Ayat Tujuh ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesukaran, kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. 7 ayat penyelamat ini hendaklah diamalkan pagi dan petang, setiap hari. InsyaAllah antum akan dapat pertolongan Allah SWT apabila menghadapi sebarang masalah, kesusahan dan akan terselamat daripada sebarang bencana dan malapetaka, pada masa kini dan akan datang.

Ayat Tujuh

1. Surah At Taubah ayat 51

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”

2. Surah Yunus ayat 107

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia melimpahkan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

3. Surah Hud ayat 6

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah jualah yang memberi rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

4. Surah Hud ayat 56

“Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”

5. Surah Al Ankabut ayat 60

“Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendir, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

6. Surah Al fathir ayat 2

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.”

7. Surah Az Zumar ayat 38

“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah bertawakkalnya orang-orang yang mahu berserah diri.”

Fadhilat Dan Khasiat Ayat Tujuh
Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:
  • Penangkal Sihir
  • Menyerikan wajah
  • Ditunaikan segala hajat
  • Membawa keberkatan
  • Dicatat pahala yang banyak
  • Dijauhkan dari gangguan iblis
  • Terpelihara dari tipu daya musuh
  • Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.
Menurut Ka’abul Akhbar:
Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.
Berkata Syaidina Ali r.a.:
Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
  • Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
  • Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.
  • Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.
  • Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.
  • Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.
Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.
Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

## terima kasih perkongsian dari wall Fb... semuga bermanafaat buat semua.

Wednesday, October 23, 2019

Kasih ibu anak..

tanpa sempadan...

Semuga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat my MIL

Thursday, October 17, 2019

Jom cuba GM diet ni..

Semuga diberikan kekuatan dan kesungguhan nak mencuba cara ni..
dan semuga juga lemat yang menempek tu hilang jatuh berguguran...
tapi.... tapi bila nak stat tu yang belum tahu lagi 😜
 Asalamualikum dan salam Khamis buat semua kawan2... terjumpa cara diet yang macam senang jer nak buatnya ni (eh! betulke mudah nak buatnya?), so meh la tepek kat sini. semuga ada kesungguhan nak buatnya memandangkan dah sebulan lebih tak berbriskwalk dan lepas tu pulak asik makan nasik jer setiap hari. terima kasih pada yang kongsikan GM diet ni. doa kan lah kak rose kuat semangat nak buat ni.Aamiin

Apa itu GM DIET ?
GM = General Motor

Diet GM pertama kali diasaskan khusus untuk para pegawai di perusahaan General Motors, Amerika Syarikat.
Diet ni merupakan program diet 7 hari yang diuji oleh John Hopkins Research Center. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kesegaran di pengurusan General Motors, sekali gus menaikkan daya saing produk di perusahaan General Motors.
Diet GM ni sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa rasa lapar. Diet ni mampu menurunkan berat badan sekitar 5-8kg dalam tempoh seminggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta mampu memperbaiki pola makan seseorang.
Diet ni dilakukan dengan menu yang telah ditetapkan. Selama diet ini berlangsung, anda harus minum air kosong minimum 8 gelas setiap hari dan tidak boleh minum minuman manis.
Diet GM boleh diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi.
.
.
🍻 HARI PERTAMA 🍽
• Buah-buahan kecuali pisang.
Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai. Boleh makan kerap hingga kenyang.
.
.
 
🍻 HARI KEDUA 🍽
• Sayur-sayuran
Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang.
Digalakkan sarapan dengan kentang rebus.
Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.
.
.

🍻 HARI KETIGA 🍽
• Sayur-sayuran kecuali kentang.
• Buah-buahan kecuali pisang.
.
Di hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.
.

.
🍻 HARI KEEMPAT 🍽
• Pisang
• Susu rendah lemak
Di hari keempat, perlu makan 8 biji pisang serta 3 - 4 gelas susu rendah lemak. Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini.
Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya.
Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.
.


🍻 HARI KELIMA 🍽
• Makanan dari sumber protein
• 6 biji tomato
Pada hari ni, anda boleh ambil 560gram sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato. Daging hamburger atau Meet ball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan.
Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe.
Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.
.
.

🍻 HARI KEENAM 🍽
• Makanan dari sumber protein
• Sayur-sayuran
Di hari keenam ini, anda boleh memakan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.
.
.

🍻 HARI KETUJUH 🍽
• Nasi beras perang
• Jus buah
• Sayur-sayuran
Merupakan hari terakhir dalam GM diet.
Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.
.
.

NOTA TAMBAHAN :
GM diet ini cukup dilakukan sebulan sekali.
GM diet juga mampu menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit Diabetes.
Ibu yang menyusu dan mempunyai berat badan berlebihan juga boleh mengikuti GM diet.








Wednesday, October 16, 2019

My Kuali semalam

akhirnya....9mil pageviews...

Tuesday, October 15, 2019

Mee hoon goreng sedap

Asalamualaikum dan salam selasa...


bila dirumah ada tetamu, maka breakfast pun tidaklah asik toast n nescafe o kosong jer la kan... dan pepagi hari kak rose merajinkan diri buat mee hoon goreng sedap ni untuk derang yang biasa breakfast dengan makanan berat... ada buat nasik lemak dan lain hari pulak nasi goreng, mee goreng... dan kak rose pun tumpang sekaki lah dengan heavy breakfast ni. dan yang paling bestnya tak kan nak tinggalkan tetamu g berlenggang mak limah pulak kan... so it has been two weeks kak rose tak berbriskwalk lah... harap tak lah sampai lupa jalan nak g kepadang tu kan... hihi

jom layan resepi mee hoon goreng sedap ni, terima kasih tuan punya resepi asal ya.

Mee Hoon Goreng Sedap Oleh: Azie Kitchen
Bahan Bahan:

1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong atau udang (kak rose tambahkan dengan dengan fillet ayam)
1 mangkuk karot - hiris memanjang 1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak
Fish cake dan sawi hijau - yg ni kak rose tambah

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis - direndam (kak rose gantikan dengan udang kering)

Bahan Hiasan: bawang goreng daun sup cili merah dan telur dadar




Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan fish cake dan udang, biar mendidih dan ayam masak.
Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. masukkan sawi. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit. 

Monday, October 14, 2019

Jelatah sedap

Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua... nak jugak tepek kat sini jelatah seadanya yang tak cukup bahan ni. bila ada tetamu datang, siap masak terus hidang dan memang tak teringat nak amik gambo, jadinya ade belen ni jer lah yang sempat snap nak buat kenangan. jadilakan... walaupun tak de nenas yang menambah kesedapan, tapi tetap jugak abessss disantap... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurnikan... jon kat bawah ni kak rose tepek resepi yang lengkap kalau ada kengkawan nak buatnya... lawankan dengan nasik minyak/beryani dan ayam mask merah memang lah ngam sangat. meratah gitu jer pun sedap gak..😋😋

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.

Sunday, October 13, 2019

Bubur nasi a la mek d


Bahan-bahan

  • 1  cwn beras 
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan 
  • isi ayam yang dah disiat2 
  • bawang goreng, kacang goreng dan ikan bilis goreng 
  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcm mana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.
## cara kak rose yang nak mudah jer buat kerja... masukkan semua dan masak hingga kelembutan yang disukai. senangkan!

Tuesday, October 8, 2019

Sup tulang

buat sup tulang bodo2 dengan bahan  apa yang ada jer kat dapo. bila tukang makan kata nak makan nasik bile ablik kerja nanti, tukang masak pun masak lah seadanya... tapi bila tukang makan balik kata dia dah kenyang dan tak nak makan nasik, maka sup tulang pun terus bertapa dalam fridge, esoknya kak rose panaskan dan nikmatinya sorang2 jer lah... derang semua makan kat office dah kan...meratah pun sedap gak, bertambah2 lemak nak menempek samakan... terima je lah hakikat yang kita sama2 nak menternak lemak dengan jayanya 😜😜
Nak resepi, boleh tengok kat sini ya....

Monday, October 7, 2019

ikan masin jer..

best ever lauk. boleh bertambah2 nasik!

Thursday, October 3, 2019

Jom sarapan...

 

hari2 pun rotiiii jer...

Wednesday, October 2, 2019

Bubur jagung bersagu


bubur jagung bersagu yag kak rose buat untuk makan2 selepas mengaji petang. dalam periuk atas dapo jer berposingnya sbb lepas tu akk rose terus masukkan dalam bekas beso dan bawak ke rumah mengaji untuk makan2 dan gebang2 sambil membawang selepas mengaji. ni sebenarnya kes salah beli jagung dalam tin lah ni. sebenarnya kak rose nak beli yang cream tu untuk buat apam balik, sekali bukak tengok tu dia, jagung kernel. pulak tu beli sampai dua tin... so apam balik tu memang tak de jagung lah dalam tu, kurang lah umphnya. so meh lah buat bubur jagung bersagu macam ni, tak lah membazir kan..

Bahan bahan:
3 batang jagung madu (kak rose guna 2 tin jagung kernel)
1 mangkuk kecil gula
1 mangkuk kecil air
1 mangkuk santan
1 cawan sagu - yang telah direbus
Garam
1/4 tin susu cair
Garam
 
1. masak sagu sehingga jernih. Masukkan air dan dikacau rata. Tuang dalam bekas penapis untuk buang lendirnya. 
2. Masukkan sagu,santan, gula dan daun pandan ke dalam periuk jagung. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan sedikit susu cair. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.  

Tuesday, October 1, 2019

Daging goreng kunyit

Asalamualaikum dan selamat datang oktober..

daging goreng kunyit tak termakan. rasanya lama sungguh tak masak daging... stok ada banyak tapi bila tak de tukang makan situkang masak pun lagi lah tak rajin nak memasaknya... dan kali ni en asben kata nak makan nasi, so merajinkan diri untuk masak daging goreng kunyit ni bersama sayur campur goreng. tapi bila balik petang tu katanya dah lunch kat office, so malam tu memang tidaklah dia nak makan nasik lagi... so sudahnya daging goreng kunyit ni bertapa dalam fridge lah jawapnya.. meh la kak rose kongsikan resepi daging ni..

Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar
*ada orang letak bawang putih- saya tak suka.

Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  6. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong.
  7. Siap!!