Monday, September 30, 2019

Ubi ungkep

Asalamualaikum dan salam isnin..

sarapan apa pagi ni kengkawan semua ya? kalau ada ubi boleh lah buat ubi ungkep macam ni.  pepagi  dah ngadap pc nak buat entry dalam dapo maya kak rose yang seakan hidup tersemput2 ni.. semakin lama makin tak rajin nak mengupdate kat dapo ni... adoyaiii... since pagi ni tak boleh lagi nak berbriskwalk sbb padang yang banjir dek hujan lebat petang semalam, moh ler kita rajinkan diri buat entry ni... walaupun cuma ubi jer, tapi nak jugak tepek kat sini.. kalau dapat ubi yang empuk gebu memang sedap sangat lah buat macam ni.. tekak jawa la katakan..

Bahan-bahan
  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best.. (kak rose nyer terlebih suda....)
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

Friday, September 27, 2019

Tazkirah Jumaat










Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua.. pagi ni kak rose nak kongsikan tazkirah yang lalu kat wall fb tentang amalan yang baik yang boleh kita praktikkan untuk kita sentiasa dimurahkan rezeki dalam segala bentuk, Insya Allah..

5 amalan untuk murah rezeki..


1. Banyakkan istighfar
- Istighfar yakni memohon keampunan daripada Allah daripada dosa-dosa. Banyak juga fadhilat dari beristighfar ini. Jadi, bila hati sentiasa bersih kerana selalu memohon keampunan dari Allah, insyaAllah hajat kita mudah untuk Allah tunaikan😊

2. Amalkan Solat Sunat Dhuha
- Solat dhuha bermanfaat untuk membuka pintu rezeki, namun haruslah seiring dengan usaha agar kita dipermudahkan urusan dan mudah mencapai kejayaan😊

3. Selalu membaca Al-quran
- terlalu banyak syafaat bagi orang² yang selalu membaca Al-quran, ianya dapat membersihkan jiwa kita dan membuat kita sentiasa dekta dengan Allah😊

4. Amalkan solat tahajud
- Solat tahajud dapat dilakukan pada sepertiga malam.Pada waktu ini, langit terbuka luas untuk kita berdoa pada Allah. Allah swt sangat suka bagi hamba-hambanya yang sentiasa bangun malam untuk beribadah kepadaNYA😊

5. Elakkan berhutang
- Berhutang adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah.Oleh itu, sebolehnya elakkan lah berhutang, dan jika ada hutang, cepat-cepat kita selesaikan kerana ianya dapat memberi kesusahan juga kepada orang lain. Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat dan itulah yang paling kita takutkan jika kita berhutang dan tidak diampunkan oleh Allah SWT.
.
Alhamdulillah, semoga segala ilmu dapat kita kongsikan dan bersama sama mendapat menafaatnya.

Thursday, September 26, 2019

Cucur nasi ikan bilis



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus - kak rose guna cili flakes jer
Daun sup/daun bawang, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Wednesday, September 25, 2019

Tuesday, September 24, 2019

Alhamdulillah...

tepek kat sini, muga jadi kenangan yang memaksa jadi OKU selama seminggu.. Alhamdulillah, syukur sangat2 dah kembali pulih seperti sedia kala lutut yang injured ini... rindu nak berbrisk walk dipagi2 hari dah ni...

Sunday, September 22, 2019

Jom sarapan.


Alhamdulillah dengan rezekiNya....

Saturday, September 21, 2019

Buah jer...


selamat berhujung minggu ya kawan2...
dapur bercuti, so kak rose hidang buah jer lah ya..



 


Friday, September 20, 2019

Nasi goreng daging.

Asalamualaikum dan salam jumaat, penghulu segala hari..

ni kisah nasi dalam mug yang ada belen the day before tu... kan dah kata nak buat  nasik goreng... dan memang sayang lah kan kalau terbuang macam tu jer, baik jadikan menu yang lain. dan yang paling mudah, nasik goreng daging ni lah, sementelah minced meat ada banyak. masukkan jer dalam nasi goreng ni... all in one nasik goreng lah..

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging kisar.
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak kubis jer )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah 
 Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan sayur.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

Thursday, September 19, 2019

Masak nasi dalam mug

 dua hari berturut2 masak nasi... ni kira pencapaian yang sangat bagus lah kan...rajin sangat dah tu sebab sebelum tu en asben ada mintak nak makan dengan sambal tumis ikan bilis.. ya lah, sekilo ikan bilis yang kak rose kirim dengan kawan yang baru balik dari sabah tu dah lama sampai, tapi tak jugak ada kerajinan nak memasaknya...so bila dah buat sambal tu, nak jugak lah makan dengan nasi kan..

 since sorang jer yang nak makan nasik, kak rose pun teringat nak masak nasik dalam mug cenggini.. cantik kejadian nasiknya tapi a bit lambat lah baru masak. kalau nak cepat tak leh nak guna cara ni kot.. meh tengok cara nak masak guna mug ni... kak rose copy dari sini..

Caranya:

1. Isi beras 1/4 cawan dan cuci bersih
2. Isi air hingga penuh cawan yang berisi 1/4 beras tadi..(air bergantung jenis beras)
3.Isi inner rice cooker dengan 3 cawan air dan masukkan cawan berisi beras dan air tadi.
4. Biar cawan berdiri dalam air tu dan tutup serta on cook pada rice cooker
5. Biar air mendidih tu membantu beras masak menjadi nasi..
6. Bila nampak beras sudah kembang menjadi nasi...offkan plug dan biarkan lebih kurang 10 minit ssbelum keluarkan nasi supaya nasi kering dan cantik.

*** kelebihan...nasi cantik dan sesuai untuk nak masak dalam jumlah sikit
*****Kelemahan...masa agak panjang untuk nasi masak berbanding masak manual.

dah siap... boleh lah makan dengan sambal ikan bilis, telo goreng dan mixed salad. satu mug pun tak terhabeskan nasik tu..huhu. ade separuh lagi, boleh buat nasik goreng pulak lah nanti..

Wednesday, September 18, 2019

Ikan jenahak bakar

Asalamualaikum dan salam rabu yang berjerebu...


 since tak dapat nak berbrisk walk pagi2 hari ni, meh la kita menghadap komputer mengupdate blog masak2 yang macam hidup segan mati tak mahu ni... semuga tuan dapo akan sentiasa ada kerajinan untuk memasukkan entry baru setiap hari... Insya Allah. dan juga dah seminggu ni kak rose tak berbriskwalk sbb lutut yang injured masa berjimba2 lah kononnya pada ahad lepas... dan bila dah beransur pulih, datang jerebu pulak... hari ini sekolah dikawasan kejiranan kak rose ni semua tutup dek IPU yang melebihi 200.. so stay indoor je lah. semuga Allah lindungi kita semua dari segala macam bencana ni.. Aamiin.

 masa cuti hari malaysia tu en asben kata nak makan ikan bakar, so gigih lah pepagi g cari ikan dan pilihannya ikan jenahak ni lah. kak rose cari ikan yang agak2 boleh muat dalam magic pan, biar mudah nak membakarnya nnti. dulu pernah buat dan sedap pulak ikan ni bila dibakar, so kita ulanglah memasaknya... tapi kali ni kak rose guna home made tom yam paste yang kak rose buat dulu tu. sebab tak rajin nak membuat from the scratch paste tu, guna jer mana yang dah ada kan... Alhamdulillah... sangat sedap lah ditekak kami anak beranak. habis sekali ngadap jer!

 dah siap siang, pat dry ikan dan sapukan dengan home made tom yam paste tu... biarkan sekejap barulah bakar. sebab ikan ni tebal, cucuk2 lah kat bahagian isi yang tebal biar resap paste tu nanti.

 
 kejap jer bakar dalam magic pan... dah siap. makan panas2 memang sangat ngam...😋😋

tak perlukan lauk lain, cuma kak rose potongkan timun+tomato+salad dan goreng rangup udang kecik2 ni...Alhamdulillah, rezeki tiga beranak dihari Malaysia. lepas ni entah bila lagi lah agaknya nak rajin memasak...😜😜

Monday, September 16, 2019

Tisha's Pratha sosej rolls

Asalamualaikum dan selamat hari Malaysia

 salam hari Malaysia dengan tisha sosej rolls ni... tak perlu guna puff pastry, guna jer roti canai tisha ni sebagai kulit sosej rolls ni... sedap rangup jer lepas bakar tu... ngap ngap x terasa dah berapa jer yang tinggal, sebab kecik2 comel jer kejadian sosoej rolls ni..

 kak rose guna smoked chicken franfuters ni.. potong dua dan belah empat.. ketepikan dulu.

 keluarkan pratha dari dalam fridge, tak perlu tunggu sampai suhu bilik ya.. bila dah sedikit lembut terus potong cam ni... guna kan pizza cutter untuk memudahkan memotong kepingan pratha tu..

 lepas tu amik sebatang potonggan sosej tadi dan dulungkan dengan kulit pratha tadi.. buat sampai habis. sapukan kuning telor pada sosej rolls tu dan boleh terus bakar... kak rose bakar 230°C dan bakar 15 minits


 after 15 minits in the oben antik kak rose..

tadaaaa.... dah siap. boleh ngap!

Saturday, September 14, 2019

Tambah yang ni pulak..

my 2nd swissderm skin care..

selepas yang kat sini tu kurang mendapat result yang diharapkan, derang soh cuba yang ni pulak.. semuga mendapat hasil setanding dengan harganya...

harap dapat lah benefits seperti yang ditulis tu... tapi kena rajin lah ya kak rose... huhu

Friday, September 13, 2019

Bersihkan hati

Asalamualaikum....dan salam jumaat

 peringatan untuk diri sendiri,
 jom bersihkan hati dan diri...
semuga diberikan ketenangan yang bukan hanya dalam mimpi
dan bahagia yang dicari cari
akan ditemukan nanti.
Aamiin


Thursday, September 12, 2019

Pulut gulung serunding

 dikala ade sedikit kerajinan, maka terjadilah pulut gulung serunding ni...actually cuma masak pulut tu jer pun sbb serunding ikan ni en asben beli masa g terengganu tempoh hari. dah selalu akan pulut cenggitu jer ciciah dengan serunding, yang ni kita buat sedikit kelainan lah..tapi masa rendam pulut tu lupa pulak nak letak pewarna kuning, jadilah pulut yang pucat jer sudahnya.

 ratakan nipis pulut dalam loyang yang dah dialas dengan plastik, untuk mudah nak menggulung nnti.. tanbrkan serunding ikan diatas pulut dan ratakan... terpulang lah nak banyak ke sikit serunding tu, ikut lah tekak kita yang nak makan.. tekan2 sikit serunding tu pada pulut..

 dan dengan hati2 gulungkan pulut tadi.. nak mudah menggulungnya, kak rose guna bamboo mat yang untuk gulung sushi tu... gulung bagi kejap dan padat, lepas tu boleh lah potong dan hidangkan.

jom lah nikmati pulut gulung dengan serunding ikan ni bersama secawan teh o panas...

Wednesday, September 11, 2019

Kueyteow 2 rasa by 2 chef

 no chilli but lada hitam by chef Maz

cili kering pedas berasap by chef Mie

Tuesday, September 10, 2019

Peria goreng rangup

Asalamaulaikum dan salam selasa..

 baru pertama kali buat dan nak rasa makan peria goreng rangup ni... selalunya kalau kat rumah ni en asben yang paling suka makan peria goreng dengan udang, tapi sekarang ni tukang masak dah tak berapa rajin nak masak... lagi pun tukang makan tak ada, lagi lah kemalasan tu bermaharajela kan.. tapi bila kawan asik tayang jer peria goreng rangup yang dia jual tu, terasa pulak nak buat sendiri... instead of guna peria katak, kak rose beli peria yang besar tu... belah dua dan sagat jer supaya dapat ketebalan yang sekata.. sedap sangat, mengunyah tak boleh berenti pulak!


 yang ni dah lepas basuh dan toskan sebelum digaul dengan tepung bistari ... meh ler kak rose nak kongsikan yang kak rose dapat dari perkongsian di facebook.. teriam kasih ya tuan resepi asal tu..

Peria secukupnya...

Bahan salut:
tepung goreng serbaguna bistari perisa pedas
tepung goreng serbaguna bistari perasa original
sedikit tepung beras
** jumlah ketiga2 tepung ni agak2 jer, campurkan supaya nanti kerepek tak terlalu pedas dan masin.


Cara:

1. Ambil penyagat dan sagat buah peria yang telah dibuangkan isi dalamnya
2. basuh peria dan toskan, biar kering
3. masukkan peria kedalam bekas (kuantiti untuk sekali goreng), isi tepun dan tutup bekas tadi, goncangkan hingga tepung bersalut rata pada peria
4. panaskan minyak dengan banyak dan goreng terendam hingga garing
5. angkat dan toskan minyak dan biarkan sejuk, simpan dalamm bekas kedap udara untuk kekal rangup.

Monday, September 9, 2019

Dunia asmara

Nostalgia.... radio klasik membawa pendengaran kesini...


Bung Ah
 Tergoda cinta
 Sakit oh jikalau kecewa
 Mmg cinta tu buta
 Tak pilih siapa
 Bahgia oh mereka
 yg menepati semua janjinya
 ini dia dunia asmara

 Ah tetapi tidak sedikit yg curang
 oh ya ya ya ya ya
 mmg biasa boleh dilarang dipandang
 Kalau ada sijelita melenggang
 Hati di dalam tergoncang
 Beginilah dunia asmara
 kecewa

 Ba nyak yg mata kranjang
 Ada yg kerana uwang
 ada pula yg tidak seia sepaham
 kesemuanya ini kerna jelingan mata jelita
 Hati ku pun tergoda asmara

Friday, September 6, 2019

Hari Jumaat kami....

Asalamualaikum dan salam jumaat...

 Alhamdulillah, selesai sudah majlis bacaan mingguan Surah Al-Kahfi kami, terima kasih Kak Hajah Som yang sudi jadi host kali ini. walaupun ramai yang tak dapat bersama pada bacaan kali ini, tapi suasana tetap meriah dengan kehadiran bersma dengan buah tangan pot-luck..macam2 ada.. dari kak rose cuma ada kuih cara berlauk ni, gigih bersauna dipagi2 hari..

 mee kari yang sangat sedap dari tuan rumah... semangkuk rasa macam tak cukup lak..😉

 berposing seslepas selasai bacaan...  bergilir2 jadi camerawoman lak...

 giliran kak rose pulak jadi camerawoman...😜

 Kak Hajah Kalsom, tuan rumah yang sporting... muga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki..

 kami empat orang jer wakil dari geng mengaji petang yang dapat hadir untuk gader3 pagi tadi..


 antara yang hadir..

 sama2 membaca...

kyusuk nya...

dan aktiviti selepas makan dan gebang2... jadi bibiks sekeja[,  tolong tuan rumah cuci pinggan mangkuk!

Thursday, September 5, 2019

Roti puri

Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2...

 pagi ni kak rose nak tepek roti puri yang kak rose buat beberapa hari lepas... memula tu ingat nak buat roti jala sebab ada kari ayam kan... pas tu teringat pulak roti puri ni cicah dengan kari ayam tu pun sedap... so terus lah kedapo menyinsing lengan baju, tung tang dan perap sekejap... tapi bila dah dapat mengadap pc, terus terlupa pasal doh yang diperap tadi... tu yang jadi kembang semangkuk roti puri kak rose... terlebih perap kot? apa pun kejadianya sangat lah lembut, memang ngam sangat cicah dengan kuah kari ayam tu...

 meh tengok resepinya...

Bahan2
 
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 air suam/panas (kak rose guna air suam)
 

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, minyak, garam dan gaul sehingga berderai-derai.
2. Masukkan air panas. Doh agak panas sedikit ya. Boleh uli pakai tangan sahaja.
3. Uli sekejap sahaja sehingga menjadi doh lembut.
4. Bulat-bulat doh sebesar bola ping pong dan perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak (agak banyak).
6. Canai atau leperkan doh yang telah dibulatkan dan masukkan ke dalam minyak panas (goreng sebiji-biji sahaja).
7. Simbah-simbahkan minyak pada permukaan roti hingga naik kembung dan balik -balikkan. Goreng hingga perang.