Tuesday, August 27, 2019

Pancake pisang

Salam dan selamat tak berapa pagi dah ni...

 huh! asik terbiar jer dapo maya kak rose ni... tuan tanah asik bz dengan entah apa lah agaknya.. yang pastinya tiap hujung minggu berada diluar kawasan dengan urusan yang macam2.. pastinya bila balik tu memang rasa penat dan kain baju yang banyak untuk diuruskan... dan weekdays pulak ada kelas dan jumaat pulak gader3 untuk majlis bacaan surah Al-Kahfi... sayang kan kalau tak dapat join nak gader2 cam ni. so sudahnya dapo maya ni asik lah terbiar.. huhu

jom lah kak rose nak tepek pancake aka lempeng pisang yang kak rose buat bebehari lepas... mekasih kawan yang kongsikan resepi asalnya..

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder

Bahan B

  • 4 biji pisang berangan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu segar (boleh guna santan kotak)
  • 4 sudu besar minyak

Cara

  1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
  2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B.
  3. Kacau dengan whisk
  4. Sendukkan dalam kuali non-stick dan masak dengan api perlahan
  5. Tutup pot atau non-stick pan.  Masakkan 3-4 minit
  6. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair

2 comments: