Monday, June 24, 2019

Raya semalam...

Asalamualaikum dan salam isnin buat semua..

 fuh!! fuh!!! tiup habuk2 dulu.. tuan tanah sibuk berhari raya back to back, maka tak sempat nak jenguk dapo maya ni. kesian terbiar jer kan. kawan2 dan habis ker beraya... #rayakansebulan tu memang betul2 lah. apa lagi bila hujung minggu, berderet2 jemputan open house.. tapi kak rose mampu pergi yang dekat2 jer sebab memang tak lalu nak menghadap jem diperjalanan tu. so mohon maaf lah ya kengkawan yang jauh tu... ade masa nanti kita gader2 lagi walaupun bukan hari raya. Insya Allah..

 dan yang buat tambah tuan tanah ni bz ni sebab semalam kak rose pulak yang jemput kawan2 kat sini... buat dua menu jer tapi renyahnya memang memakan masa nak sediakan ... menu kak rose laksa johor yang memang permintaan dari kawan2.. dengan dayang2, terutama timun tu lah yang paling leceh nak sediakan... ya lah nak jugak potong syanteeek2 kan..bertabahlah semuanya nak kena sediakan sorang2... tak de assistant. Alhamdulillah, berbaloi penat bersilat didapo, bila tetamu suka dengan hidangan simple kak rose.

 2nd menu kak rose, soto ayam...lagi lah renyah nak sediakan... dayang pengiring yang banyak dan memakan masa nak sediakan semuanya. ayam carik2 tu sehari awal kak rose siapkan. kak rose goreng dan siat2 dan simpan dalam fridge, kacang goreng, sambal kicap, soon goreng boleh siapkan awal2.. malam nya kak rose buat kuah soto. pegedil jugak kak rose buat malam tu, dan siap bentukkan, bakar dalam oben sekejap dan paginya baru lah goreng celup telor tu. jadi pagi tu cuma potong daun sup dan siang taugeh. bawang goreng beli jer dari kawan. nasi impit juga siap kan awal2 sbb nak biarkan sejuk baru boleh potong kan..

 pagi tu siapkan bubur kacang jugak... Alhamdulillah, walaupun cuma tiga jer menu hidangan kak rose semuanya siap bila tetamu pertama sampai... tuan tanah dah boleh duduk layan tamu..tapi dek bz pok pet layan tetamu satu gambo pun tak teramik...huhu

cookies memang tak de. awal2 dah bagi tau kat kawan2 kak rose tak de cookies raya... buat sikit pun hari tu bawak balik kampung semua.. tinggallah sebalang kecik tat nenas kerang tu... sesambil merebus ketupat dan buat kuah laksa dan soto sempat jugak panaskan oben buat marble kek.. itu jer yang sempat sediakan... nak buat brownis kononnya, terbiar jer chocolat masakan dalam piok, nasib baik belum cairkan... hihi. simpan balik lah kalau gitu... nanti2 lah kalau rajin.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. These are quite delicious to eat!

    Take a look also and be interested to purchase my displayed acrylic paintings to you with the following titles and url or links.

    https://artloftasia.com/products/mixed-berries-with-caramel-sauce

    https://artloftasia.com/products/henderson-wave

    https://artloftasia.com/products/the-suntec-mall-fountain-of-wealth

    ReplyDelete