Wednesday, June 12, 2019

Hari raya kami...

Asalamualaikum dan berjumpa kembali di dapo maya kak rose ni..

Alhamdulillah, home sweet home selepas jauh perjalanan hari raya kami... malam hari raya baru lah kami berpeluang balik ke kampung... walaupun tak dapat berkumpul dirumah peninggalan arwah mak bapa, tapi Alhamdulillah adik beradik yang yang lain juga balik dan berkumpul dirumah adik... dan kami ramai2 sewa homestay yang berdekatan. yang penting dapat salam bermaafan dipagi raya yang penuh dengan emosi...  

dan dipagi raya tu jugalah mendapat perkhabaran duka apabila makcik kami iaitu adik arwah mak meninggal dunia..so memang tak sempat nak berposing2 macam biasa lah. selepas solat dan salam raya, jamah sedikit breakfast terus kami semua bergegas ke rumah arwah mak cik untuk ziarah... takziah untuk sepupu2 kami yang baru saja kehilangan arwah bapanya yang juga dijemput Ilahi sembilan hari sebelum emaknya pula menyusul... Al-Fatihah buat mereka berdua... 

pagi raya kedua kami dah bertolak semula balik ke shah alam sbb en asben kena kerja, gantikan pegawai yang bercuti. nasib baik jer jalan balik tu tak lah jem walaupun baaaaanyak kereta dilebuhraya... dua hari dirumah, pagi sabtu kami bertolak pulak untuk beraya dirumah emak en suami... kereta juga banyak, tapi heading north masa ni smooth jugak lah...

 
 sampai di boundary ni dalam pukul tiga petang, dan Alhamdulillah tak ramai orang di immigresen dan juga di komplek kastam tu... mudah lah urusan kemasukan selesai dan terus meneruskan perjalanan ke Narathiwat.. sebelum tu mesti dapatkan dulu talian internet dan juga tukar currency... rm masih sangat murah dengan exchange rate rm1=7.4thb... bila la agaknya rm ni nak naik balik kan...

dua hari beraya disana dan semalam kami balik semula ke shah alam... melalui lebuhraya timur barat Jeli ke Gerik, walaupun masih banyak kereta tapi tak lah jem... tapi bila lepas jer swipe kad tuch n go kat plaza tol Kuala Kangsar terus jer jem... macam parking kat sepanjang lebuh raya pulak.. katanya sebab ade kemalangan di terowong menora... Alhamdulillah lepas tu smooth perjalanan dan kami sampai semula dirumah selepas 11 jam diperjalanan... tu lah baru dikatakan hari raya kan.. berpesta dihighway! dan selamat hari raya buat semua, lepas ni sibuk dengan open house pulak kan...

2 comments: