Sunday, June 16, 2019

Gulai udang+nenas


 gulai noneh kata kawan kak rose.. memang pebret msak cam ni dan dilawankan pulak dengan ikan gelama masin goreng... memang bertambah2 lah makan nasik... lupa segala nak berdiet tu. dan ni lah firet masak selepas berhari raya. bagi dapo rehat sekejap selepas sebulan asik bersilat didapo semasa puasa hari tu. memang kami lebih suka kalau masak sendiri masa berbuka puasa tu...so kenalah tiap2 hari bersauna didapo kan... sekarang rehat lah balik, bagi dapo sekali sekala jer berasap..

jom tengok resepi masak lemak ciliapi udang dengan nenas yang sedap ni..

BAHAN-BAHAN :  

1 biji buah nenas
udang secukupnya
3 cawan santan - boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya(kak rose guna 2 biji jer ciliapinya)
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

2 comments: