Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 10
Bila seharian bz dengan aktiviti bulan puasa ni, masa rasa macam jadi sangat terhad... pagi bertadarus hingga zohor dan selasa rabu memang ade kuliah petang dan balik tu barulah bersilat kat dapo.. so masak seadanya dan yang mudah disediakan jer... Alhamdulillah, masih mampu menyediakan juadah berbuka untuk keluarga kecil kami dan yang penting sediakan diri juga untuk malamnya agar tak letih masa terawih..Insya Allah...
sebelum ke kuliah petang, siapkan bahan bahan, ikut menu yang dah ada, so tak lah kelam kabut nanti..
sayur pak choy goreng dengan sos tiram as per list yang dah disediakan..
sambal sotong dengan paste sambal yang dah kak rose sedia dan frozenkan awal2 sebelum puasa hari tu... sangat membantu dikala kesuntukkan masa dan jugak tidak perlu berlama2 didapo. lepas masak boleh lah berrehat kejap...
ada orang tu hari2 pun nak makan ayam goreng bodo2 mama ni.. hihi. tapi goreng sekeping whole leg ni pun tak habis!
Sedap - sedapnya menu depa
ReplyDelete