Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..
Semuga kita semua dalam rahmat dan ke redhaan Allah sentiasa.
Bahan-bahannya
* 4 keping roti
* 4 biji telur
* 3/4 cawan susu segar
* 1/2 cawan gula perang (boleh kurangkan sikit jika tak suka manis)
* 2 biji epal hijau dipotong dadu
* 50 gram kacang pecan/walnut dicincang kasar (kak rose x de, gantikan ngan gajus)
* secubit garam
* sedikit butter
* serbuk kayu manis
Cara-caranya
1- Pukul telur bersama susu,gula garam dan vanilla hingga gula hancur dan ketepikan.
2- Sapu butter pada ramekins hingga rata.Letakkan sekeping roti didalamnya
3- Tabur potongan apel dan pecan/walnut keatas roti tadi dan curahkan separuh dari campuran telur (pastikan bancuhan telur dikacau sebelum dicurahkan keatas roti).
4- Letakkan sekeping lagi roti menutupi lapisan pertama dan taburkan potongan epal dan pecan bagi lapisan kedua.Curahkan bahan sos sehingga hampir penuh.Taburkan serbuk kayu manis keatasnya.
5- Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar puding selama lebih kurang 45 minit.(Boleh gunakan foil untuk menutup permukaan puding seteah separuh masa memasak jika takut pecan/walnut hangus.)
6- Gunakan lidi penyucuk untuk menyucuk bahagian tengah puding bagi memastikan puding masak sepenuhnya.
7- Biarkan puding sejuk sebentar.Puding boleh dipotong setelah agak suam bagi memastikan air dari epal tidak meleleh keluar.
Nota:Pudding ini juga boleh dikeluarkan secara sebiji dari acuannya setelah betul-betul sejuk .
sedapnya
ReplyDelete