Tuesday, April 30, 2019

Mee tom yam sedap

Mee simple yet sedappp

 tom yam seafood n mee yang kak rose buat beberapa hari lalu... simple yet sedap lah buat tukang masak yang tak berapa nak rajin ni..kak rose guna home made tom yam paste, mixed seafood bebola dan juga mee yang ready cuma celurkan saja..

 panaskan air dan dammm everything in there... tambahkan serai dan daun limau purut for aroma yang sedap. biarkan mendidih sebentar dan perasakan.

 
 mixed seafood bebola yang kak rose guna... 5 perasa in one pack. mudahkan!

dan mee ni... just celur, tos dan susun dalam pinggan, curahkan kuah tadi. siap. nikmatilah dengan tak rasa bersalah sbb it is some sort of healthy meal gitewww!

Monday, April 29, 2019

Kalerful pasar Nara

Asalamualaikum dan salam isnin... semuga sentiasa ceria hendaknya ya..

 buah asam kundang yang besar2 dan manisss... tak rugi membelinya!

gambar dipasar pagi yang kak rose sempat capture masa nak pergi beli barang basah... macam2 ada dijual kat sini... typical pasar lah.. tapi sayang tak amik gambar udang fresh yang berbagai saiz dan dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari tempat kita... asik leka membeli, terlupa semua nak amik gambarnya.. hihi

 tembikai atau kat sini dipanggil timun cina, kulit nipis dan isi merah yang manis...

 fresh rebung... mesti sedap kalau dibuat gulai kan..

 macam2 ada...

 suka dengan cili besar yang hujau muda tu...tak pedas sangat

bunga kantan yang dah mekar kembang pun hado!

Sunday, April 28, 2019

Dah dapat, dah...

mission accomplish, dapat dah kain samping yang diidamkan...

 yang ni memang jatuh cinta at the first sight...terus grab yang ni. suka dengan kaler pastel yang lembut cenggini! memang rambang mata dibuatnya... semuanya cantik2 belaka, tapi harga display memang macam tak berani nak tanya... lepas tu beranikan diri tanya, rupanya harga jualan dia memang jauh sangat daripada dispaly price tag tu... kena pandai menawar lah kalau gitu.

 cantik jugak kan... katanya harga dibazar Buluh Kubu lebih tinggi dari pasar Siti Khadijah. tapi sebab masa kami sampai, pasar siti khadijah tutup sepenuhnya kerana ada majlis gotong royong perdana, jadi kami pun terus lah ke pasar buluh kubu... dan esok paginya baru ke pasar siti khadijah... memang jauh berbeza harga songket yang kak rose beli di bazar buluh kubu tu... tapi apakan daya, redha jer lah..

 cantik pada pandangan tuan yang nak pakai... so beli jer la..

 deretan songket yang cantik cantik...

 batik sutera dan songket on display.

 ishhh!!! memang rambang mata nengoknya!

 the more kita pusing2.. lagi cantik2 ade dipamerkan... tapi hati memang dah stick kat yang memula beli tadi tu...

 cuci mata an cuci poket juga sudahnya...rasa rugi pulak kalau dah sampai sini tak membeli kan???

 batik sutera pun memang cantik2.. dan rega nya juga sangat lah cantik!

another batik sutera on display...kecundang juga akhirnya dari menahan diri dari membeli... itulah kita ni pompuan kan.... nasib baik tukang bayo ok jer...terima kasih en suami. lain kali boleh lah belikan lagi...😜😜

Saturday, April 27, 2019

Durian bangkok....

Ada yang suka tak?
 Asalamualaikum dan salam sabtu yang ceria... seceria kuning emas durian bangkok yang kak rose nikmati masa di narathiwat.. memang puas sangat kali ni sbb dah lama rasanya tak dapat makan durian bangkok yang sedap ni. dalam ziarah yang lepas kak rose beli gak, tapi memang tertipu jer bila beli dengan harga 880THB  untuk dua biji, tapi tak masak walau dah peram hingga dua minggu, akhirnya busuk jer. memang frust sangat sebab tukang jual tu kata akan masak dalam masa dua hari gitu. so kali ni memang beli dan terus makan kat sana. baru lah puas hati.
 ulas yang besar2 dengan isi yang tebal dan manissss sangat.

 yang ni buah kedua, sepinggan penuh ni baru bukak separuh jer, ada lagi dua paksa yang belum keluarkan isinya. gerammm tengok kan..

 ulas yang besar dengan biji yang kecik kemet je..

 hmmm... tengok lah isinya yang penuh dalam paksa tu...

 hari ketiga, makan lagi...separuh isi dari sebiji durian. makan sampai tido malam kepanasan dan bila balik naik weighing scale tu terus naik 1 kilo... ko ghasa 😭😭

 deretan bakul durian di pekan Tak Bai.. dengan harga rm6.50/kg, memang geram nak beli banyak2. tapi apakan daya....

 dalam lori pulak...

another full load durian dalam lori... kemana lah agaknya nak dihantar tu kan?

Thursday, April 25, 2019

Udang goreng kunyit

 masak simple dan campak2 cam ni memang sedap kan.. apa lagi pekena dengan nasik lemak panas2 dipagi hari... berebut2 lemak berjemaah nak menempek. tapi yang penting dapat memenuhi permintaan tekak tuan tanah yang teringin nak makan nasik lemak... aik teringin nak makan sedap2 jer kan? adakah esok pagi nya rajin nak ber brisk walk dan membakar lemak yang dah banyak terkumpul tu? sendiri mau ingat lah!

Bahan-Bahan:

  • 6 ekor udang saiz besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang/daun sup.

Wednesday, April 24, 2019

Tuesday, April 23, 2019

Sambal sotong kembang

mencuba buat lagi...

mengaku tak pernah pandai buat sambal sotong kembang ni walaupun berkali2 baca resepi yang berlainan... dan rasa hati manyak suka lah kali ini, kiranya menjadilah sambal sotong kembang kali ini... terima kasih yang kongsikan resepi dan juga tips untuk sotong tetap jadi lembut lepas buat sambal tu..

Ikuti langkah ini, pasti sambal tumis sotong anda semakin enak nanti!

Cara-caranya:

1.Pilih sotong yang agak segar, cuci bersih.
2.Siapkan bahan untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong. Antaranya 4 batang serai, 2 inci halia, 1 labu bawang besar, 1 inci lengkuas, 5 ulas bawang putih. Kesemua bahan tadi dipotong-potong. Letak sedikit garam.
3.Didihkan air hingga naik bau dah boleh masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak. Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4.Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang di bahagian atas si sotong.
5.Kemudian tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6.Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7.Seterusnya potong mengikut saiz yg anda suka. Kemudian cuci bersih. Toskan.

# Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong ini tak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.

Monday, April 22, 2019

Menjala sambil bersauna didapo..

 yeah, dua dalam satu gitu! mengeluarkan peluh dan lepas tu dapat menambahkan lemak tu bali kan... memang panas berpeluh2 kalau berdiri didapo sambil menebar roti jala ni, tapi hasil lepas tu yang penting, boleh makan bertambah2 dan juga berulang2.. apa lagi kalau ada kuah kari ayam dan secawan kopi macam ni kan..bulan puasa nanti boleh lah buat lagi.

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan sekejap. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Sunday, April 21, 2019

Jom bersarapan...

hari hari makan roti pun tak pernah jemu..






Friday, April 19, 2019

Doaku...

Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari... pagi ni kak rose buat entry kat sini perkongsian dari grup whatapps ni... semuga bermanafaat buat semua...

Hebatnya doa duduk antara dua sujud


▪ ROBIGHFIRLII
▪ WARHAMNII
▪ WAJBURNII
▪ WARFA'NII
▪ WARZUQNII
▪ WAHDINII
▪ WA'AAFINII
▪ WA'FUANNII

Ketika  orang ditanya : “Do’a apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?”

Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap do’a itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca do’a tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut

Padahal  do’a itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari.

Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya :

▪ ROBBIGHFIRLII
Wahai Tuhan ampunilah dosaku, dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan اللّÙ‡ُ. Dosa  adalah  kotoran hati yang membuat  hati  gelap,  sehingga  hati kita merasa  berat sekali untuk melakukan kebaikan.

▪ WARRHAMNII
Sayangilah diriku, kalau kita disayang اللّÙ‡ُ hidup akan terasa tenang, karena dengan kasih sayang-Nya akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang اللّÙ‡ُ nafsu kita akan terbimbing dan terdidik

▪ WAJBURNII
Tutup lah  segala  kekuranganku, banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur,  kurang  sabar,  kurang  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam  dan  lainnya. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّÙ‡ُ, maka  kita  akan  menjadi  manusia sebenarnya.

▪ WARFA'NII
Tinggikanlah darjatku, kalau اللّÙ‡ُ sudah  meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada  manusia atau makhluk yang boleh menghinakan kita.

▪ WARZUQNII
Berikanlah  aku  rezki, sebagai hamba اللّÙ‡ُ kita  memerlukan rezki, اللّÙ‡ُ mampu mendatangkan rezki dari jalan yang tak disangka dan tidak ternilai banyaknya.

▪ WAHDINII
Berikanlah  aku petunjuk/bimbinglah aku  ke jalan yang benar Kita bukan hanya  minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga  minta  petunjuk  agar terhindar dari  mengambil  keputusan  yang di anggap salah._

▪ WA'AAFINII
Berikan lah  aku  kesihatan,  apabila kita sihat, kita dapat menambah kebaikan  dan  manfaat serta kita tidak menjadi beban kepada orang lain.

▪ WA'FUANNII
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan.

Dari do'a tersebut dimulakan dan iakhiri dengan mohon keampunan dari *الله*sehingga kita benar2 bersih dari dosa.

Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut,  Rasulullah  SAW mencontohkan  kepada kita, menurut logiknya  do’a tersebut pasti terkabul dan diterima oleh Allah SWT.

         ..... Aamiin .....

Terkadang  yang menjadi persoalan, dimana  hati dan fikiran kita, ketika kita membaca do’a itu dan kita tidak hafal arti serta maknanya ?

Padahal  do'a tersebut *sangat hebat,*dan masih banyak orang sering terburu-buru  yang  sepatutnya perlu tuma'ninah dengan  menghayati  benar-benar meminta kepada Allah SWT.

semuga kita semua dapat menadah tangan memohon doa ini dengan penuh khyusuk dan doa permohonan kita akan dimakbulkan... Aamiin.

Wednesday, April 17, 2019

Tuesday, April 16, 2019

Brokoli bawang putih

Asalamaualikum dan selamat pagi kwan kawan..

sayur pebret sepanjang masa... dan kalau beli brokoli mesti resepi ni yang diingat, dan satu lagi resepi febret untuk brokoli ialah masak dengan sos tiram tu...berkali2 buat pun memang tak jemu lah. en asben suka meratah jer sayur cam ni. best dengan bawang putih goreng yang krup krap tu..😋😋 jom tengok resepinya..

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.

mudah kan dan yang penting sedap pulak tu... pada tekak kami sekeluarga lah...
 

Monday, April 15, 2019

Makan sayur je?

makan cara kami, orang kampung yang suka style kampung!

 salam minggu yang baru buat semua kawan2... hari sabtu seharian kak rose g kenduri.. empat undangan semua pada hari yang sama, nasib baik semuanya masih dikawasan selangor ni... so dapatlah memenuhi semua undangan. terima kasih sudi mengundang memeriahkan majlis perkahwinan anakanda kawan2 semua ya..undangan yang dikampung kak rose cuma wakilkan dengan adik untuk hadir.  so semalam pun gantung piok sebab penat kan.. kita cari jer dapo kat luor.. dan pilihan yang paling mudah buat kak rose dan en suami adalah di restoran azira ni.. banyak sayur kampung boleh pilih..

 dan selalunya kalau g sini memang pecal jawa ni lah yang jadi pilihan kak rose dan juga sup sayur yang kat atas tu..

 nasi dan sambal tempe yang tak pedas ni... cukup untuk kak rose tanpa ada lauk-lauk..

 kari kepala ikan dan bende ni pilihan en asben.. tapi sayang bender tu dah keras la pulak!

nasik, sayur, sambal belacan dan ikan masin.  teh o ice limau untuk kami berdua... Alhamdulillah kenyang dan tak perlu bersusah payah nak basuk periuk koli kan...