Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua... semuga kawan2 semua dalam lindungan dan Rahmat Allah sentiasa.... Aamiin.
hari ni kak rose nak kongsikan artikel yang lalu kat wall fb, untuk jadikan bacaan dan panduan, juga untuk memperbaiki cara dalam mendirikan solat kita...peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa tidak sempurna.... semuga semua amal ibadah kita dapat diterima oleh Yang Maha Kuasa...Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita
mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri ” sebelum menghadap Yg Esa;
Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita
berdiri tegak sebelum lafaz niat:
Minit Pertama –
Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2
kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi
peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal
lah.
Minit Kedua –
Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk
beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg
seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini
lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.
Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,
penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan
selayak2nya adab untuk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga)
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2
dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu
sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam – cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit
dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas,
seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri
agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn
penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan
berhenti di atas lutut.
Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman
hamidah..”; dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca
“…rabbanaa lakal hamdu”
5) Sujud – sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yang tertinggi”.
Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru
diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di
bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di
antara kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan.
Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi
lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua
lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur
sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.
8) Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “…illallahh. ..”;
(semasa membaca “laa ilaa ha ILLALLAH”). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat
ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak
salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga
180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan
sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat – seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan para
hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg
tertentu. Antaranya:-
1) Tidak jarang.
Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai
kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat
kita tidak sah.
Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya
ialah dgn menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau
tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat
cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan
tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
sekadar membawa telekung sahaja (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi
menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi
pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.
Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch)
dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah
solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg
lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi
mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak
telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh
itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang
agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak
berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam
utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya.
Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg
penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima
Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg
penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat,
jadi biarlah berbaloi.
Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa’.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan
silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan
yg buruk itu dari saya.
Wassalam.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat.
Sumber: Kualipanas.com
##terima kasih kepada yang kongsikan difb dan kak rose mohon izin untuk kongsikan disini pulak...
WAALAIKUMUSSALAM
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN...
#JMBELOG
Terima kasih kak rose..
ReplyDeleteSesama Kita perbaiki solat kita..