Thursday, December 27, 2018

Apam perlis

Asalamualaikum dan salam khamis

 kuih apam yang sampai dua kali kak rose buatnya dalam masa satu hari.... pagi dah buat untuk pot luck mengaji, dan buat sekali lagi untuk minum petang kami anak beranak pulak. bila ada tukang makan, maka tukang masak pun rajin lah nak buatnya kan... yang pagi tu akk rose cuma isi kan inti kacang merah dan yang petang pulak kak rose combi inti, kelapa manis dan jugak kacang merah.. laju jer tukang makan menyuapnya. Alhamdulillah, happy tukang masak ni.

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 biji telur
 sedikit pewarna kuning dan hijau.

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya. kak rose guna acuan karipap.
dah siapppp... mudah kan. 

No comments:

Post a Comment