Thursday, August 23, 2018

Jelatah sedap

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 semua... terima kasih pada yang masih sudi singgah kat dapo maya kak rose ni. walaupun macam segan2 nak hidup, tapi masih gagah juga kak rose nak teruskan dengan entry yang kadang2 cuma merapu meraban ni... pagi ni nak kongsikan jelatah yang kak rose buat untuk gandingkan dengan menu hari raya semalam... sedap dimakan bersama nasi hujan panas, daging beriyani, ayam masak merah dan kurma kambing. balik dari solat hari raya, jamu selera dulu dan lepas tu terus ke mesjid untuk gotong royong korban 10 ekor lembu...

 kak rose kongsikan kat sini resepi jelatah mudah dan sedap ni...

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas yang masak
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik.
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.
gandingan yang sedap.... pinggan kak rose. nasi hujna panas, jelatah yang sedap, ayam masak merah dan daging beriyani. kurma kambing tak dek sbb kak rose tak makan mmmbekk tu...

1 comment:

  1. atototo comey carrot. usually kalo jelatah CT amek timun n nenas je. bawang tak makan hahaha..

    ReplyDelete