Thursday, July 26, 2018

Murtabak megi

Asalamualaikum dan salam Khamis... semuga kawan2 semua ceria selalu hendaknya... Aamiin

 pagi2 kak rose dah tepek megi pulak kan.. ni sebenarnya kak rose buat beberapa hari lalu, baru hari ni nak tepek kat dapo maya ni.. jemu makan megi dengan gaya sama? meh la kita buat something lain sket dari yang biasa tu... kita buat murtabak pulak dengan megi ni... terima kasih pada sifu masak2 yang sangat kreatif nak pelbagaikan resepi dari megi ni... dan kali ni kak rose cnp dari blog CMG, mekasih ya Mat... tapi bawang jeruk tu kak rose tak bubuh sos cili, cuma guna sedikit cuka, garam, gula dan beberapa titik kaler merah, bancuhkan dengan air... dah ready. kalau nak ikut macam resepi CMG pun boleh jer macam yang kak rose sertakan kat bawah ni...

 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mee segera MAGGI perisa kari
2 biji telur
150 g daging cincang (kak rose guna fillet ayam)
1 biji bawang besar, cincang
1 cm halia*
1 ulas bawang putih*(*tumbuh lumat)
1 camca teh rempah kari daging
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar mentega
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN BAWANG JERUK :-)
1 biji bawang besar
1/4 cawan cuka makan
1 camca besar sos cili
1 camca besar gula
Secubit garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JERUK BAWANG :- Bawang besar, dikupas, cuci dan hiris halus2. Satukan bersama cuka makan, cili sos, gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan simpan dalam peti sejuk 20 - 30 minit.
  2. UNTUK MERTABAK MAGGI :- Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut, toskan dalam tapisan dan biar sejuk. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga perang, masukkan rempah kari, perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. Tambah hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. Matikan api.
  3. Dalam satu mangkuk, masukkan 1/2 bahagian mee, 1/2 bahagian daging dan 1/2 bahagian hirisan daun bawang, gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  5. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 dan hidangkan bersama bawang jeruk, kalau ada kari dhal pun sedap, nak hidang dengan cili sos pun ok, thousand island sos pun boleh

No comments:

Post a Comment