Monday, July 30, 2018

Apam labu

 Asalamualaikum dan salam isnin yang sejukkkk... hujan rahmat pagi ni, semuga en asben dan anak jugak akan selamat sampai ketempat yang dituju dan dipermudahkan segala urusan... begitu juga doa kak rose untuk semua... kak rose dah ready nak g berbriskwalk, tapi hujan pulak kan.. so pepagi dah mengadap pc , buat entry pepagi... boleh la nak tepek resepi apam labu yang kak rose buat untuk bawak g ngaji Al-Kahfi pagi jumaat lepas... lama rasanya tak buat apam labu ni..

 sebelum bersauna.... bismillahhirohmannirohim... bagi dia bersauna lebih kurang 18 minit dengan harapan akan turn out elok lah..

 Alhamdulillah, seperti yang diidamkan... gebus tembam dan lembut kejadiannya...



 meh kak rose tepek resepinya kat sini... terima kasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepi sedap nih.... tak rugi mencuba...

Bahan A:-

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:-

  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah bas

No comments:

Post a Comment