Monday, June 25, 2018

Raya: bila kawan nak datang...

 Asalamualaikum san salam pagi isnin... dah 10 hari berhari raya, dan hari sabtu dan ahad adalah hari makan makan raya di rumah sendiri setelah berhari raya dikampung halaman... dan perjalnan dari satu tempat ke destinasi yang lain adalah sangat hazabnya... jem merata tempat. memang banyak masa terbuang diperjalanan untuk memenuhi undangan open house dan juga jemputan kenduri, walaupun lewat, mampu jugak sampai kedestinasinya... dan bila ada kawan nak datang berkunjung, sebolehnya sediakan jugak menu yang sangat dinantikan ni... siap pesan nak laksa johor, katanya... so kak rose siapkan mana yang termampu jer, dan derang pun memang terlewat sampainya.... jenuh menunggu. lepas makan kami sama2 gerak kerumah kawan yang lain pulak..

 laksa johor seadanya... Alhamdulillah dapat jamu kawan yang sangat nak makan laksa johor dari air tangan kak rose...sedap ke idok tu lain kira lah ya... hihi.  siap tapau dan bawak berhari raya kat rumah kawan yang sama buat open housenya pada hari yang sama...

 bersama-sama dayang pengiring... timun, togeh, limau kasturi, kacang panjang, bawang, sambail cili dan daun kesum yang tak dapat enter frame.
 only tiga jenis cookies yang kak rose buat, tart nenas kerang, famous amos cookies dan mocha crunchy... walaupun sikit jer, tapi memang tak termakan masa raya cam ni... kacang kuda rebus tu pulak yang sangat laku... siap mintak tapau pulak tu!

bekas sudu garfu yang antik 😜😜 memang tak kuasa nak mencari barang yang masih banyak dalam kotak sejak berpindah tahun lepas tu... ada jugak gunanya mug free dari nescafe tu kan...lol!

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya kak rose :)

    Best beraya dengan kawan2.

    Tun kahwin dengan org johor baru laa merasa laksa johor, tpai tak berapa pandai makan. Jumpa pun 2-3 tahun sekali laksa ni, hehe

    ReplyDelete