Asalamualaikum dan salam jumaat, penghulu segala hari...
seminggu dah berhari raya, kawan2 dan kembali bertugas ker? tukang dapo maya ni tak pernahnya cuti sbb dapo tak pernah tutup kan... tapi memang berkurang sangatlah masa nak duduk didapo tu... sbb bila hari biasa macam ni memang kak rose jarang sekali memasak. en asben dan anak lunch kat ofis dan malam pulak makan yang ringan2 jer... memang senang lah kerja tukang masak lepas bulan puasa ni.. dan buat tiga biji kek marble ni untuk bawak balik kampung, untuk rumah mil dan jugak untuk tukang makan kat rumah ni...
masih guna resepi yang sama pernah tepek kat dapo maya ni... memang sedap dan sangat lembab moist, apa lagi kalau selepas semalaman... lembut sangat. kak rose kongsikan resepinya kat sini sekali lagi. mekasih pada tuan punya resepi asal ya..
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
250 gm buttter - kak rose guna Buttercup
250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
220 gm gula kaster
4 biji telor gred A
1 tbs ovelette
1 tbs esen vanilla
2 tbs susu segar - saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb
1 tbs choc emulco
1 sudu besar serbuk koko - saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas
Cara-cara:
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian. sebahagian biarkan dengan warna asal, dan untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
Selamat hari raya aidil fitri utk kak rose sekeluarga.
ReplyDeleteNak tanya kak rose pakai oven jenama khind model apa?
Ok tak sebab nak beli oven khind.
Kak Zainab KL
Selamat hari raya buat Kak Zainab jugak..
ReplyDeleteoven khind tu model OT52R...