Saturday, April 7, 2018

Bun inti kacang merah

 ni la hasil kerja tuan tanah yang keras tangan... tengok orang lain buat roti, nak jugak lah mencubanya... dengan bersemangat, sukat bahan2 dan dammm semua dalam bm dan pilih doh... pas tu bersenang2 main game sampai lah habis masa lebih kurang satu jam setengah... sekali tengok, tu diaaaaa... naik tinggi membuak2 sampai terkeluar dari mangkuk adunan dan sampai ke siling bm... terkedu punya pasal, sampai terlupa pulak nak amik gambo... huhu.. kat mana silapnya pun tak tahu lah....


 resepi yang kak rose guna... ni cikgu bagi semasa kak rose attend kelas blaja buat roti ari tu...

300ml air
1 biji telor
80gm gula pasir
1 sudu kecil garam
80 gm butter
400gm tepung roti
200gm tepung gandum
1 paket yis kering (11gm)
15g k-fine/super cream (bread improver&softener) - yg ni kak rose tak letak
inti kacang merah secukupnya...

 
lepas dah naik setinggi gunung tu, keluarkan dan tumbuk2... dan bentukkan sesuka hati keras tangan tuan tanah.. dan yang baki2 tu bulat2 kan dan goreng, tabur gula, jadila donat kecik2 ni... ishhhhh!!! kena praktis banyak lagi nih! tapi nak buat tu boleh jer, tapi tukang makan tak de la pulak..😕😕😕. tak kan nak bagi cik tong jer yang dapat merasa... huhu

No comments:

Post a Comment