Doa sebelum kami ber musafir...
"Ya Allah, kami 
memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami 
memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi 
menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala 
nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.
Ya Allah, terimalah
 kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, 
tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang 
berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. 
Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.
Ya Allah, Kau 
peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. 
Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami 
sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu 
kami kepada mereka semasa kami berada di sana.
Ya Allah, 
berikanlah kesihatan kepada ibu bapa kami, jiran dan teman2 kami. Kau 
lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan
 beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka  dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan 
kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya 
Allah.
Ya Allah, Kau 
ampunilah diri kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk 
beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. 
Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.
Ya Allah, Kau 
berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami suami isteri 
dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa 
tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan
 saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan 
berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti 
ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.
Ya Allah, 
permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini 
sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan 
sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. 
Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya 
Allah.
Ya Allah, jangan 
Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan 
terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan
 kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan 
kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami 
beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.
Ya Allah, hanya 
pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada 
kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala 
perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil 
Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak 
menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.
Ya Allah, kami mahu
 beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. 
Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik 
sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam 
menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.
Ya Allah, semasa 
kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa 
kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu 
mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan 
melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di 
Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara 
berterusan.
Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan
 mengerjakan ibadah umrah. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa 
kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah Ya Allah.
Berikanlah laluan 
dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami 
melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami 
melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa 
jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.
Ya Allah, semasa 
kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan 
bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai 
tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami.
Ya Allah, 
berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah 
hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah
 cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. 
Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai 
membeli belah di sana nanti.
Ya Allah, penuhilah
 ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami 
lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya 
Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya 
Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa 
dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami 
memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada 
Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau 
ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik 
pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. 
Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya 
kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.
Ya Allah, 
gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya 
Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. 
Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di 
sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, 
bersembahyang dan membaca al quran.
Ya Allah, ampunilah
 kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah 
kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu 
yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada 
kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk 
bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan 
urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami 
untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap 
perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang 
suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.
Ya Allah, 
berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan 
Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon 
kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari 
malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan 
kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya 
Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.
Ya Allah, kami ini 
adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa 
kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan umrah semata mata 
kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami 
kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala 
permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa 
dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.
Ya Allah, 
berikanlah dan kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami sekeluarga, 
umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami 
pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi 
manusia yg lebih baik disisimu.
Ya Allah, 
berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang 
halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah
 yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak 
berpengetahuan.
Ya Allah, sekiranya
 kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang 
beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam 
syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon 
keredhaan Mu.
terima kasih pada  http://sallymzain.blogspot.my

Aaminnnn...semoga segalanya dipermudahkan....
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Alamiin...
ReplyDeleteSemoga Allah SWT permudahkan segalanya.
Aamiin..
ReplyDeleteSemoga Allah swt permudahkan segalanya..
Amin ya rabbal'alamiin
ReplyDeleteSemoga Allah S.W.T permudahkan segalanya
amin2..semoga dipermudahkan segala urusan akak sekeluarga.,.. :)
ReplyDeleteAamiin...moga2 sentiasa di dalam peliharaan-Nya sepanjang bermusafir.
ReplyDelete