pinjam gambo lama... yg ni guna serunding kelapa berdaging
Asalamualaikum dan salam August buat semua.... cepatnya masa berlalu! pagi ni kak rose tepek lagi sekali kuih hari jumaat ni, kali ni kak rose nak kongsikan cara nak buat atau menggulungnya... kak rose pasti ramai yang dah tau nak buat ni, saja la kak rose nak kongsikan jugak cara ni.. pulut tu kukus lah macam biasa jer, cuma kak rose buh kaler kuning supaya nampak menyerlah contrast dengan serunding tu... tapi gulungan kak rose ni tebal la sangat pulak dan serunding pulak nipis jer... so lain kali kena beringat agar jadi sebaliknya pulak..kepada kawan yang bertanya camner nak gulungkan, meh kak rose kongsikan caranya...
memula letak pulut atas tikar penggulung sushi yang telah dialas dengan plastik lebar macam ni... taburkan serunding dan ratakan keseluruhan permukaan... kalau banyak serunding lagi sedap kan... lepas tu gulungkan dengan berhati2... dan gulung ketat2 agar pulut jadi padat dan mudah nak memotong nanti..
bila dah gulung, jadi la macam ni... kak rose cuma ada satu jer tikar penggulung ni, so lepas dah buat tu kena biar tanpa tikar untuk nak buat lagi satu...so nampak lah sedikit herot merot gulungan tu kan..
dah jadi tu, potong lah ikut suka... agaknya kalau potong serong pun elok jugak kot... nanti lah lain kali pulak boleh cuba kalau rajin nak buat pulut gulung serunding ni lagi..... boleh jugak kalau kita buat dengan inti manis, tapi agaknya pulut tu tak perlu nak dikaler kan... biarkan asli putih jer, mesti nampak cantik dengan kaler inti kelapa gula melaka... ishhhh!!! terasa nak cuba buat pulak dah!
dan ini lah hasilnya... kuih untuk buah tangan mengaji surah Al-Kahfi kak rose pada jumaat lepas... walaupun ada pulut inti manis dan jugak pulut serunding yang dibawak oleh jemaah lain, tapi pulut gulung kak rose yang cepat jer abes... just because rupa yang sedikit lain... hihi
terliur lah kakrose tengok si gulung ni
ReplyDeletelama jugak kaknoor tak buat ni
Noor, kalau ada tukang akan, tukang buat ni nak jer mencuba kan..
ReplyDeleteOh, macam yang orang Jepun gulung sushi tu hee..hee.... Kak Rose punya citarasa local, lagi best!
ReplyDelete