Thursday, July 6, 2017

Kuih tepung gomak

 kuih tepung gomak ni memang sedap, dan ni yang buat untuk kali kedua semasa bulan puasa tempoh hari... buat lagi sebab masa pertama kali tu rasa macam tak puas makan, so en asben request untuk nak makan lagi... tukang masak ni ikut jer la kan... kebetulan inti kelapa tu ada banyak lagi stoknya. tapi kali ni kak rose kasi derhaka sikit pada resepi kulit tepung gomak tu dengan menambahkan sebiji kentang rebus yang dilenyek... ni inspirasi dari masa buat kuih bom yang sangat lembut tu... so mencubanya nya pada kuih tepung gomak ni... walaupun dah sejuk, kuih ni tetap lembut jer! meh kakrose kongsikan resepinya kat sini ya..

 Bahan Inti:
• 2 cawan kelapa parut
• 1/2 cawan gula merah
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air

Bahan Kulit:
• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• sedikit garam

- sebiji kentang (kecik je), rebus dan lenyek halus- yg ni kak rose tambah

Bahan Sadur 

(75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.) (kak rose guna yg ready made)

Cara Membuatnya:
 
1. Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. 

Ketepikan & biar ia sejuk.

2. Panaskan periuk yang mengandungi air.

3. Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye... Uli tepung dan kentang lenyek yang diletakkan 

sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan 
tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

4. Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.

5. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya 

dan bulatkan semula. Leperkan sikit .

6. Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. 

Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)

7. Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran )

 
dan huwaaaaa 😢😢😢ada lagi yang buat cam ni... bukan setakat amik  gambo jer, tapi the whole entry pulak tu... yang ni pun cam tu jugak  senangnya nak buat entry untuk blog kan???? just C&P! dulu pun ada pernah buat entry tentang My Kuali ku yang merata2 ni kat sini... dan sampai sekarang pun masih macam tu...grrrrrr!!! lantok la labuuuuu!

2 comments:

  1. Sedapnya...saya memang suka. Kami panggil kueh Abok-abok. sebab dia berabok kot! hehehe!

    ReplyDelete