Friday, June 23, 2017

Iftar #27 Ikan masin penambah selera...

Asalamualaikum dan salam 28 Ramadhan
Aidilfitri sudah makin terasa bahangnya...

 
 menu kak rose berbuka semalam.... memang betul2 makan nasik walaupun dah pukul 10.30 malam penangan ikan masin yang kak rose gandingkan dengan gulai udang ni..lupa sekejap pasal dah tengah malam, berselera sungguh kami berdua makan. selalunya makan jugak, takut esoknya tak larat pulak nak puasakan sbb sahur memang kak rose tak amik nasi... setakat toast dan nescafe o jer... kawan2 sahur makan apa ya?

 dah buntu nak masak apa.... stok udang ni ada banyak lagi, moh ler buat masak lemak ciliapi ni, walaupun cuma guna dua biji ciliapi tapi tetap pedas buat kak rose yang tak tahan pedas ni... dan ada jugak timun jepun dalam fridge, so masukkan jer la dalam gulai udang ni... sedap lah pulak kat tekak kak rose ni... apa lagi bila digandingkan dengan ikan masin... bertambah2 kami berdua makan!

 sayur kacang bendi fresh dari ladang pemberian kawan, kak rose buat goreng dengan telo dan cili merah untuk sayur malam semalam...

 manisan untuk berbuka pulak kak rose buat badak berendam ni... inti kelapa lebihan kak rose buat kuih bom ari tu ada lagi.. tapi terasa kurang tang kuah tu sbb kak rose guna santan kotak jer... memang kak rose ni kurang sikit part nak guna santan kotak, tapi bila dah tak de stok kelapa dan kemaruk jugak nak buat badak berendam ni... itu jer pilihan yang ade... so rasa kuah pun kurenggg lah kat tekak kak rose...

ha... yang ni memang tak pernah tak sedap, murcott orange dan apple merah taburkan asam kulit limau ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ ... makan buah sampai habis baru makan badak tu, kesian badak tu kan... tapi abes jugak la empat ekor dalam mangkuk tu!

1 comment:

  1. Akak sahur makan roti gardenia choco raisin tu je rose hehehe. kak laili nak ucapkan selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin. seronok baca blog rose ni macam2 idea untuk buka puasa ada :)

    ReplyDelete