jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Mamakastam@Myr... mudah dan murah belanja kuih ni. boleh buat untuk bukak puasa nanti..
Bahan-bahan
- 1 gelas sagu biji kecil
- 3 gelas air - (kak rose guna 2 3/4 cawan air jer)
- 3/4 gelas gula pasir - (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan sket)
- Sedikit pewarna merah
- 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu teh esen rose
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " (kak rose guna acuan kecik2 comel ni)
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
sedapnyer...
ReplyDeletecantiknya kuih sagu Kak Rose
ReplyDeleteCantiknya kaler sagu kak ros..
ReplyDelete