Monday, May 8, 2017

Kuih badak berendam

 Asalamualaikum dan selamat pagi isnin yang ceria... cuaca yang elok pagi ni harapnya akan sampai kepetang...  dan pada yang berpuasa, semuga dipermudahkan hingga ke waktu berbuka, Insya Allah. dan kalau pening apa juadah nak sediakan untuk waktu berbuka nanti, mungkin boleh cuba buat kuih badak berendam ni... buatnya mudah dan cepat jer boleh disediakan.. sedap pulak tu, pada tekak kak rose la.. lain orang lain citarasakan.... kalau suka buat kecik2 pun cantik jugak, tapi dah namanya badak dan kak rose nak cepat jer makan jadilah saiz pun macam badak jugak... hihi... makan 2 3 biji pun dah boleh kenyang!

resepinya kak rose cnp dari blog Azie, mekasih ya..

Badak Berendam Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.


Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka
 
Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.

Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.
 
Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.
 
Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat
Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan.
 Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah.  

No comments:

Post a Comment