Monday, March 20, 2017

Lomak ciliapi daging n kentang

 Asalamualaikum dan selamat pagi isnin buat semua... lauk tengahari semalam yang kak rose masak untuk lunch... lama sangat dah tak masak untuk kami anak beranak makan bersama... minggu lepas kak rose kat kampung, so derang ni tapau atau terus makan kat luar masa balik keja tu... so ari ni kira ada kerajinan sikit... masak lah daging lomak ciliapi ni... digandingkan pulak dengan ikan masin... memang bertambah2 nasi la jawapnya... sayur pun tak rajin nak goreng, so fresh salah n timun pun ok jer... kita sendiri yang nak makan kan... healthy vege la kononnya!

 setengah kilo daging dengan sebiji kelapa parut yang kak rose perah santan sendiri... lebih suka dengan santan fresh macam ni... terasa lebih sedap pada kak rose la...

Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang (kak rose guna daging yg biasa jer)

2 batang serai
20 biji cili padi (kak rose bubuh sikit jer... ikut le kepedasan memasing ya!)
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit (tak bubuh lak!!!)
sedikit garam
½ cawan air
sekeping asam 

  fresh iceberg lettuce n timun.. potongkan cili merah, siap!
 
Cara-Cara
 
1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus. (kak rose tumbuk je, lagi sedap tau)

2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.

3. Jika daging telah empuk masukkan santan
cair dan air tadi dan juga asam keping. Kemudian maskukan ubi kentang dan daun kunyit.

4. Apabila ubi kentang telah empuk, masukkan santan pekat dan garam.Tutup api.

Cadangan Hidangan:
Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.

 dan ini lah yang menambah selera... ikan masin gelama goreng.

kombinasi lauk yang buat kami bertambah2 nasik... jahatkah ikan masin dan gulai tu????

1 comment: