Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4
sudu besar gula halus
2
biji telur
1
sudu teh esen vanilla
2
sudu besar mentega (cairkan)
1
kotak kecil kismis
1. Masukkan susu segar, gula halus,
telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, guna mixer, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman
adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan
yang lain..
2.
Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam
dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis
kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..
3.
Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah
direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas
adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit,
pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak
masak lagi, masukkan semula tambah minit..
Bahan untuk sos kastad:
1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Tepung Kastard
2 Sudu Besar Gula
Masukkan
susu, lepas tu tepung dan akhir sekali baru gula. Gaul atau
kacau dengan api yang sangat
pelan dan tanpa henti. Bila
bahan2 tu dah sebati atau kelihatan sedikit pekat, boleh tutup api. Masa
dah tutup tu angkat dari dapur.... biarkan sejuk dan boleh lah dihidang bersama puding roti tadi.
sedapnyer...
ReplyDeleteNak try... ��
ReplyDeleteSedap ni..menu raya nanti..heheh.tq.
ReplyDeleteJmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com