Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari, Jumaat pertama ditahun baru Hijrah 1438, semuga hari2 yang mendatang akan membuatkan kita kita lebih baik dari sebelum2nya, Insya Allah. dan dihari jumaat yang mulia ini kak rose nak kongsikan tazkirah ringkas dari Almarhum tuan Guru Dr. Harun Din yang kak rose dapat dari post kawan2 di fb... elok buat renungan kita bersama terutama diri sendiri yang serba kekurangan ni...
TAZKIRAH RINGKAS DR HARUN DIN
Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.
Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…
Pertama :
Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.
Kedua :
Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.
Ketiga :
Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.
Keempat :
Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezeki dari jalan yang tak disangka.
Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun KERANA ENGKAU TIDAK AKAN TAHU AMALAN MANA yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.
semuga bermenafaat buat semua yang membacanya, Insya Allah.

terima kasih peringatan
ReplyDelete